F&NHB menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang hubungan perniagaan atau urus niaga dengan Israel.
Perkara ini disuarakan selepas kemunculan satu klip video tular di media sosial yang mendakwa pembungkusan produk syarikat itu mengandungi tulisan dan bahasa yang dikaitkan dengan Israel.
Artikel berkaitan: Siapa Saleh Aljafarawi? Wartawan Palestin Yang Ma*t Dit*mbak Individu Bersenjata
Artikel berkaitan: 4 Warga Israel Ditahan Polis Thailand Di Koh Phangan, Leka Berparti Raikan Berakhirnya P*rang
@sameralhassanatF &N answer ??? #muntsir #muntsirbalikgaza #muntsirbackgaza #malaysiatiktok #sumudnusantaramalaysia2025
♬ original sound – 🇵🇸Muntsir anak Gaza 🇲🇾 – 🇵🇸Muntsir anak Gaza 🇲🇾
Syarikat tersebut menyatakan bahawa produk berkenaan dieksport secara eksklusif untuk pasaran Palestin, ia dikilangkan di Food Collection Co. yang berpusat di Bandar Ramallah, Palestin.
Manakala, teks pada pembungkusannya pula merangkumi bahasa Inggeris, Arab, dan Ibrani bagi mematuhi keperluan tempatan seperti yang diminta oleh pelanggan.

Dalam pada itu, syarikat tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah memaklumkan perkara tersebut dan menghargai kepercayaan yang berterusan terhadap mereka.
Sebelum ini, satu klip yang tular di aplikasi TikTok menunjukkan seorang warga Palestin memegang produk yang didakwa keluaran F&NHB dengan tulisan Ibrani bersama logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

1 day ago
14


![“Tolongg!!” – [VIDEO] Penduduk Di Kawasan Perumahan Taiping Panik, Air Banjir Cecah Paras Pinggang](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/10/banjir-di-taiping.png)




























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















