Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa dia diberitahu mangsa, Zara Qairina Mahathir, telah terjun dari aras dua bangunan asrama sebelum menemui banyak darah di lantai bawah.
Menurut saksi yang merupakan pelajar sama sekolah, kejadian berlaku sekitar jam 4.30 pagi pada 16 Julai lalu. Ketika itu, rakan sebilik memaklumkan bahawa Zara telah melompat dari tingkat dua dan mereka nampak darah berlumuran di kawasan lantai bawah.
Artikel berkaitan: “Pelajar senior tunjuk contoh tak baik, warden kurang ambil berat” – Inkues Zara Qairina, Saksi Dedah Realiti Di Asrama
Artikel berkaitan: “Ada yang cakap b*doh padanya” – Saksi Sahkan Zara Qairina Jumpa ‘Circle Nineteen’
Peguam, Joan Goh berkata saksi menjelaskan bahawa dia tidak percaya arwah Zara Qairina sanggup berbuat demikian.
“Apabila saksi keluar dari ‘dorm’ ramai pelajar berdiri di kawasan koridor aras tiga, tapi saksi terus pergi mandi.
Selesai mandi, saksi dapati ‘dormmate’ saksi masih lagi berada di dalam dorm dan bertanya balik apa yang dia cakap tadi kepada saksi. Kemudian, dia beritahu sekali lagi kepada saksi yang Zara sudah terjun dari aras dua ke aras paling bawah.
Saksi masih tidak percaya, lalu menjenguk ke aras bawah dan dapat melihat kesan darah di tepi longkang. Dalam fikiran saksi, dia terfikir adakah Zara terjun dari aras dua ataupun dari aras tiga.
“Selepas itu saksi terus ke surau untuk sembahyang subuh,” katanya.
Inkues tersebut dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian Zara Qairina, pelajar perempuan yang meninggal dunia di asrama sekolah pada tarikh berkenaan.
Prosiding itu diteruskan dengan keterangan beberapa saksi lain bagi membantu mahkamah mendapatkan gambaran lengkap kejadian tragis itu.
Sebelum ini, saksi menceritakan mengenai arwah Zara yang dilihat berada dalam tandas ketika saksi bersama dua kawannya pergi ke tandas aras tiga untuk mengisi air dalam gelen (bekas air) pada kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Saksi katanya, memberitahu mahkamah, ketika itu ada seseorang berada dalam tandas nombor satu dan orang itu ialah arwah Zara seperti yang dimaklumkan oleh kawannya.
Sumber: Berita Harian

3 hours ago
5








![“Tolongg!!” – [VIDEO] Penduduk Di Kawasan Perumahan Taiping Panik, Air Banjir Cecah Paras Pinggang](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/10/banjir-di-taiping.png)






















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















