ft bandar utama

Seorang pelajar Tingkatan Satu (kelas peralihan) telah didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas tuduhan membunuh seorang perempuan berusia 16 tahun, dalam satu kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pada minggu lepas.

Menurut sumber, suspek berusia 14 tahun yang memakai baju berwarna oren hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan itu dibaca dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, Amira Sariaty Zainal.

Artikel berkaitan : “Dia minta pergi ke tandas dan…” – Rakan Sekelas Mangsa Kongsi Detik Kejadian Kes T*kam Bandar Utama

Artikel berkaitan : Kes T*kam Pelajar Di Bandar Utama, Ini Kronologi Penuh Kejadian Tragis Tersebut

Menurut sumber lagi, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh seorang pelajar Tingkatan Tiga (kelas peralihan) dalam satu bilik tandas nombor dua sebuah sekolah menengah di Bandar Utama kira-kira jam 9.20 hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung atau penjara seumur hidup atau dalam tempoh tertentu, jika sabit kesalahan.

Screenshot 2025 10 22 114203

Pendakwaan itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin sementara tertuduh diwakili peguam, Anwar Ezzad Zainal. Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 21 November depan untuk sebutan semula kes.

Di samping itu, usaha media untuk mengambil gambar tertuduh tidak berhasil memandangkan pelajar bawah umur itu dibawa mahkamah menerusi laluan lain.

Dalam kejadian tersebut, mangsa ditemukan meninggal dunia di tandas sekolah itu, selepas ditikam berulang kali.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.