Kalau korang memang peminat kasut dan streetwear, nama SneakerLAH mesti dah tak asing lagi. Sedar tak sedar je, SneakerLAH bakal menyambut ulang tahun dorang yang ke-10 tau!
Sempena sambutan anniversary yang ke-10 ni, SneakerLAH nak raikan detik penting dengan sesuatu yang lebih besar dan meriah dengan memperkenalkan…
Untuk peminat setia SneakerLAH, korang boleh expect acara tahun ni lagi best dan gempak dari tahun-tahun sebelum ni. Kalau korang nak tahu apa yang ada dekat sana dan kelainan event dorang kali ni, baca artikel ni sampai habis!
Apa sebenarnya LahLahLand ni?
LahLahLand 2025 ialah evolusi besar SneakerLAH yang membawa pengalaman baharu dalam bentuk festival gaya hidup dua hari yang menyatukan budaya, komuniti dan kreativiti di bawah satu bumbung.
Daripada sneakers, streetwear, muzik, makanan dan gaming hinggalah ke koleksi rare, sukan, seni dan hobi yang tengah trending, semuanya ada di sini. LahLahLand bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi satu ruang untuk meraikan minat, berhubung dengan komuniti dan menikmati pengalaman budaya yang penuh tenaga.
Apa yang menanti korang di LahLahLand 2025?
Untuk pengetahuan korang, festival ini dibahagikan kepada pelbagai segmen menarik di bawah tema “LAH” di mana setiap segmen ini mempunyai daya tarikan tersendiri macam:
SneakerLAH powered by Undefeated
Tahun ini akan menyaksikan kolaborasi eksklusif SneakerLAH x Undefeated yang hanya akan dilancarkan di LahLahLand. Nantikan eksklusif drop dan pelbagai pilihan apparel, aksesori, dan barangan edisi terhad daripada Undefeated.
EsportsLAH powered by Mountain Dew
Nikmati Honor of Kings show matches, kolaborasi eksklusif dan pelancaran baharu. Mountain Dew juga akan ada untuk memberi tenaga sepanjang acara.
MakanLAH powered by Grab Dine Out
Foodies wajib singgah. Dihimpunkan khas oleh Grab Dine Out, korang boleh cuba hidangan daripada Chef Kecik, Genki Sushi, Tim Hortons, Lim Fried Chicken, Super Saigon, HWC Coffee dan banyak lagi.
ConcertLAH
- Hari 1: Pentas akan diambil alih oleh RTB (Raising The Bar) sempena ulang tahun ke-15 mereka. Antara line-up: 53 Universe, ABANGSAPAU, Hullera, Moongekk, Sicarios, Adam Imanullah, PFTD dan DJ Vin.
- Hari 2: Persembahan oleh Noh Salleh, No Good, Lunadira, Empty Page serta DJ set daripada Emo Night KL, Karpet Terbang dan Disko Santan.
SkateLAH powered by New Balance
Tunjuk skill korang atau tengok pro skaters beraksi di mini skatepark oleh Showroom.
PickleLAH powered by ON3 x Hundred
Rasai sendiri sukan yang tengah trending sekarang iaitu pickleball. Ada court khas, pertandingan jemputan dan sesi free play untuk semua pengunjung.
MainMainLAH powered by Main-Main
Collectors wajib datang. Pameran khas menampilkan rare collectibles seperti Bearbricks, Labubus dan banyak lagi oleh Main-Main.
CarsLAH
Peminat jentera jangan risau. Ada OMODA JAECOO sebagai rakan rasmi, pameran oleh Venturi Motors, dan modifikasi Porsche oleh RWB.
RekaLAH VIP Lounge powered by #iamReka
Untuk pemegang tiket VIP, nikmati ruang eksklusif untuk networking, kolaborasi dan inspirasi kreatif.
People’s MarketLAH dan aktiviti eksklusif
Selain semua segmen itu, korang juga boleh teroka pelbagai booth daripada jenama tempatan dan antarabangsa seperti Casio, G-Shock, Hoka, Montigo, Anaabu, Headers, Suunto dan banyak lagi. Marketplace juga penuh dengan sneakers, pakaian vintage, collectibles, home deco, seni dan barangan terhad yang susah nak jumpa di tempat lain.
Sepanjang dua hari itu, korang juga boleh sertai:
- Exclusive product drops dan kolaborasi
- Influencer pre-loved market
- Panel talk dan sesi perkongsian
- Lucky draw dan hadiah menarik
- Esports showmatches dan tournament
Bila dan dekat mana?
LahLahLand akan berlangsung pada 1 dan 2 November 2025 di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC). Korang mesti tahukan, MIECC ni memang mempunyai ruang yang besar dan luas untuk tampung festival ni.
Selain tu, ia juga mudah untuk diakses kerana ia bersambung terus dengan The Mines Shopping Mall yang menyediakan lebih dari 1,500 ruang parkir dan dekat dengan stesen KTM Komuter Serdang. So, korang boleh pilih mod pengangkutan ikut kesesuaian sendiri.
Dekat MIECC nanti, acara ini akan dibahagikan kepada dua bahagian di mana di tingkat bawah (Ground Floor) akan ada pameran besar yang penuh dengan booth pelbagai jenama, persembahan live, tournament e-sukan dan kawasan membeli makanan.
Di mezzanine floor pula, korang boleh jumpa LahLahLand Marketplace yang padat dengan fesyen indie, barangan vintage, collectables dan barangan terhad yang korang susah nak jumpa kat tempat lain.
Jomlah pergi LahLahLand!
Untuk event besar macam ni, harga tiket dia memang sangat berpatutan dan ada pilihan yang sesuai dengan bajet dan gaya korang. Sama ada korang nak beli awal untuk jimat atau terus pilih pengalaman penuh sebagai VIP, semuanya ada.
Presale GA (RM30):
Dijual sebelum acara bermula. Tiket ini memberi akses untuk dua hari penuh dari jam 12 tengah hari hingga 10 malam. Pilihan paling berbaloi kalau korang nak plan awal dan pastikan tempat korang terjamin.
Door Sale GA (RM50):
Untuk yang jenis spontan, korang boleh terus beli tiket di pintu masuk pada 1 atau 2 November 2025 dan terus masuk ke festival dari jam 12 tengah hari.
VIP Pass (RM100):
Nak rasa pengalaman penuh? Tiket VIP membolehkan korang masuk dua jam lebih awal (jam 10 pagi) selama dua hari, dapat laluan ekspres, tote bag eksklusif LahLahLand, dan lanyard edisi khas. Korang juga akan dapat akses ke RekaLAH VIP Lounge yang direka khas untuk networking dan sesi santai.
LahLahLand bukan sekadar event, tapi satu pengalaman. Kalau korang rasa diri korang jenis yang suka gaya hidup urban, into culture dan suka vibe festival yang penuh energy, korang kena dapatkan tiket korang dekat sini.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari website rasmi atau follow LahLahLand di Instagram.