Donald Trump

Ketibaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, di Malaysia pagi ini bukan sahaja disambut meriah, malah mencuri tumpuan ramai apabila beliau secara spontan menyertai tarian tradisional semasa majlis sambutan di KLIA.

Trump yang baru turun dari pesawat rasmi Air Force One kelihatan tersenyum lebar sebelum menggerakkan badannya mengikut rentak penari dengan gaya santai.

Aksi spontan beliau itu mencetuskan sorakan dan tepukan gemuruh daripada tetamu serta petugas di lokasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menyambut ketibaan beliau sambil diserikan dengan persembahan kebudayaan berwarna-warni sebagai tanda penghormatan.

Artikel berkaitan: Presiden AS, Donald Trump Dijadual Tiba Di Malaysia Esok Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

Artikel berkaitan: Selain Trump, Ini Senarai Penuh Pemimpin Dunia Yang Bakal Hadir Sidang Kemuncak ASEAN

Presiden AS itu juga sempat bermesra dengan kumpulan penari kebudayaan serta adik-adik yang membawa bendera ketika majlis sambutan berlangsung, sebelum mengibarkan bendera Malaysia dan Amerika Syarikat sebagai simbol persahabatan dua negara.

donaldd trumpDonald Trump

Kehadiran Trump ke Malaysia adalah bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang diadakan selama dua hari bermula hari ini, bersempena juga dengan Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20.

Selepas upacara sambutan, beliau dilihat beredar menaiki limosin rasmi “The Beast” bersama Anwar menuju ke lokasi sidang kemuncak di Kuala Lumpur.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.