bekas suami culas bayar nafkah sita simpanan

Bekas suami atau bapa yang culas membayar nafkah bakal berdepan sitaan simpanan kewangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Menurut beliau, langkah itu sedang diusahakan menerusi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang telah mengadakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Jadi, yang ini akan dibuat oleh pihak BSK dan perbincangan itu telah dibuat dengan Bank Negara,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Artikel berkaitan: Caruman KWSP Suami Boleh Jadi Nafkah Bekas Isteri Untuk Pasangan Bercerai

Artikel berkaitan: Lepas Bercerai, Akaun Bank Bekas Suami Mungkin Boleh Kena Sekat!

3317261

Langkah ini merupakan mekanisme yang diwujudkan kerajaan melalui BSK bersama BNM bagi memastikan pelaksanaan sekatan akaun bank terhadap individu yang culas menunaikan nafkah.

Tambah beliau, kerajaan sedang memperkukuh tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah melalui pelbagai kaedah undang-undang.

Selain itu, BSK juga sedang berusaha memberi kesedaran kepada individu yang menjadi penanggung nafkah anak-anak dalam kalangan waris seperti yang ditetapkan undang-undang dan hukum syarak supaya tanggungjawab itu dilaksanakan sebaiknya.

“Langkah jangka panjang ini bukan sahaja menjamin kesinambungan perkhidmatan BSK, malah memperkukuh sistem kehakiman syariah demi menjaga hak wanita, anak-anak dan kesejahteraan institusi kekeluargaan Islam,” katanya.

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.