Tun Mahathir Dakwa PMX ‘Pathological Liar’, Tabur Fitnah Sejak 27 Tahun Lalu

11 hours ago 7

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mmpunyai kemampuan untuk menipu dengan bagus atau menggelarkannya sebagai ‘pathological liar’.

Dakwanya, Anwar Ibrahim telah menabur fitnah terhadapnya sejak 27 tahun lalu. Beliau berkata demikian dalam pernyataan saksinya bagi prosiding kes saman berhubung ucapan Anwar yang juga Perdana Menteri ke-10, dalam Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: ‘Perlaksanaan Sebuah Idealisme’ pada 18 Mac 2023.

Artikel berkaitan : Cucu Tun Mahathir Alami Kerugian Berjumlah RM1.8 Juta Lepas Rumah Dipecah Masuk

Artikel berkaitan : Tular Video Patung Mirip PMX Dis*bat Dalam Himpunan Turun Anwar, Polis Buka Kertas Siasatan

Dalam dokumen 54 muka surat itu, Dr Mahathir mendakwa Anwar Ibrahim telah mengeluarkan isu fitnah terhadapnya sejak tahun 1998.

“Anwar ialah seorang ‘pathological liar’, mempunyai kemampuan menipu yang menakjubkan dan akan menipu demi jawatan serta kuasa.”

“Beliau mengata kononnya saya zalim, diktator, guna kroni, kayakan anak-anak dan menggunakan polis untuk menangkap orang.”

“Anwar juga kata, saya telah membuat kerosakan sedangkan kenyataan tersebut telah mencemari reputasi saya selaku tokoh politik.”

“Sebelum ini, Anwar memberitahu telah bersedia untuk mengemukakan fakta bagi membuktikan kenyataan tersebut namun sejak November 2022 kemudian Mei 2023, tiada satu pun perkara itu ditunjukkan.”

images

Di samping itu, Dr Mahathir mendakwa bahawa Anwar tidak memberikan sebarang bukti bahawa dirinya telah mencuri wang dan memasukkan dana tersebut ke akaun peribadi, hartanya telah mencecah berbilion ringgit, memberi projek kepada anak-anak atau membantu kroni.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyatakan bahawa sikap Anwar Ibrahim itu agak berbeza semasa mereka di dalam kabinet yang sama.

Kata beliau, ia termasuk semasa 2018 iaitu ketika Anwar meminta bantuan untuk memenangi pilihanraya di kerusi Port Dickson.

Walaupun dilempar dengan pelbagai dakwaan, beliau menyatakan bahawa beliau tidak ambil peduli kerana Anwar tidak mempunyai sebarang kuasa.

thediplomat 2015 10 07 07 33 22

Namun keputusan untuk membawa isu tersebut ke muka pengadilan selepas Ahli Parlimen Tambun itu dilantik sebagai Perdana Menteri pada penghujung November 2022.

Bekas Presiden UMNO itu dakwa, ia kerana seorang Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mendapatkan segala bukti menggunakan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Dalam dokumen yang difailkan pada 3 Mei 2023, beliau telah memfailkan saman terhadap Anwar dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM150 juta berhubung ucapan berkenaan.

CJG7NMHGUVN6HOGYTPE2PKIA2Q

Dr Mahathir sebagai plaintif telah memfailkan saman tersebut menerusi Tetuan Law Practice of Rafique di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Anwar selaku defendan tunggal.

Dalam penyataan tuntutan, Mahathir mendakwa Anwar telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang berbaur fitnah bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya.

Antara kenyataan yang dikatakan bahawa Dr Mahathir ‘membolot’ harta untuk anak-anak dan keluarganya selain memberikan layanan khas atau mengutamakan individu-individu yang berpangkat tinggi. Dakwanya, ia kenyataan yang tidak benar dan mencemarkan imejnya sebagai seorang negarawan.

Dalam pada itu, Anwar dalam pembelaan pada 14 Jun tahun sama mendakwa bahawa saman yang dikemukakan oleh Dr Mahahthir itu melemahkan kredibilitinya selaku Perdana Menteri selain mewujudkan perpecahan kaum menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

2956197

Jelasnya, berdasarkan Sijil Perakuan Segera yang difailkan plaintif, ia menyatakan tindakan saman mesti dilupuskan dengan segera kerana (ketika itu) enam negeri akan membubarkan sidang DUN bagi memberi laluan kepada PRN.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |