Pelakon terkenal, Uqasha Senrose menimbulkan persoalan mengenai status perkahwinannya dengan Kamal Adli selepas mendapati terdapat perbezaan antara tarikh akad nikah sebenar dengan yang tercatat pada sijil nikah rasmi.
Akad nikah pasangan berkenaan sebenarnya berlangsung pada 5 November 2021 sekitar jam 9 pagi, namun dalam sijil nikah rasmi, tarikh dan masa yang tercatat ialah 4 November 2021 pada 9.30 malam.
Perkara tersebut hanya disedari selepas Uqasha meneliti semula salinan sijil nikah, yang menunjukkan maklumat tidak sepadan dengan waktu sebenar akad dijalankan.
Artikel berkaitan: “Jangan sentuh anak saya” – Uqasha Enggan Anak Dikaitkan Dengan Masalah Rumah Tangga
Artikel berkaitan: “Kalau tiada, inilah pengakhiran Uqasha” – Peguam Jawab Punca Uqasha Senrose Fail Cerai
“Allah Maha Besar. Masya-Allah, satu lagi perkara yang mengejutkan. Saya sebenarnya dinikahkan dan diakadkan pada 5 November 2021 jam 9 pagi, namun dalam sijil nikah tercatat bahawa saya dinikahkan pada 4 November 2021 jam 9.30 malam tanpa pengetahuan saya.
Saya hanya menyedari perkara ini selepas prosiding mahkamah pagi tadi, dan sebelum itu saya memang tidak tahu bahawa saya dinikahkan pada tarikh tersebut,” tulisnya di kapsyen Instagram.
Difahamkan, Uqasha tidak dimaklumkan secara terperinci mengenai urusan pendaftaran perkahwinan tersebut termasuk mengenai tarikh dan masa yang akhirnya dicatatkan pada sijil.
Pasangan selebriti itu sebelum ini melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup di Janda Baik, Pahang pada 2021 dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.
Sumber: Instagram