syaz ft 2025 10 21T164124.960

Seorang anggota polis berpangkat koperal bersama seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh binaan telah didakwa di Mahkamah Majistret Mahkamah Majistret Pasir Puteh di Pasir Puteh, Kelantan atas tuduhan mengurung seorang remaja berumur 17 tahun dan memeras ugut ibu mangsa yang berumur 38 tahun meminta wang sebanyak RM2,000.

Tertuduh pertama ialah Mohd. Izzat Fitri Mohd. Hashim, 37 yang berkhidmat di sebuah balai polis di Terengganu, manakala rakan beliau ialah Nik Rosli Nik Lah, 58 yang berkerja sebagai buruh binaan. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Artikel berkaitan: Lelaki M*ut Dalam Perjalanan Tuntut Telefon Selepas Diperas Ugut, 2 Anggota Polis Ditahan 

Artikel berkaitan: Dipaksa Melakukan S*ks, Anggota Polis Ditahan Cuba Cab*l & Ugut Pelajar Wanita

Menurut pertuduhan, insiden berlaku di Bukit Merbau, Selising kira-kira antara pukul 8 pagi hingga 11 pagi pada 4 Oktober lalu.

Difahamkan, daripada tertuduh telah membayar ikat jamin seperti ditetapkan, manakala seorang lagi gagal membuat pembayaran dan kini ditahan di lokap Balai Polis Cherang Ruku.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin. Terdapat syarat tambahan iaitu mereka dilarang mengganggu keluarga mangsa dan saksi pendakwaan. Sebuah sebutan semula ditetapkan pada 14 Disember depan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.