Baru sahaja beberapa hari Anugerah Grammy ke-68 melabuhkan tirai, nampaknya timbul pula khabar angin yang mencetuskan spekulasi mengenai hubungan dua penyanyi lagu APT. Bruno Mars dan Rosé.
Kontroversi itu mula menjadi bualan selepas lagu berkenaan gagal membawa pulang sebarang trofi walaupun dicalonkan dalam tiga kategori besar, sekali gus mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan netizen.
Situasi tersebut menjadi lebih panas apabila segelintir peminat mendakwa Bruno Mars kini sudah tidak lagi mengikuti Rosé di media sosial, sehingga menimbulkan tanda tanya terhadap hubungan profesional serta persahabatan antara dua bintang berprofil tinggi itu.
Artikel berkaitan: Penjaga Parkir Dikatakan Mirip Penyanyi Bruno Mars Jadi Perhatian
Artikel berkaitan: Lagu ‘Jump’ Oleh Kumpulan Blackpink Antara Lagu Kegemaran Barack Obama Tahun 2025

Malah, ada yang mendakwa pelantun lagu Thats What I Like kelihatan kurang ceria dan seolah-olah ‘terpaksa’ ketika berada di malam anugerah tersebut.
@billboardbrasil#GRAMMYs #BrunoMars #Rosé #BLACKPINK (Vídeo: Repost/@cbstv)
♬ som original – Billboard Brasil
Bagaimanapun, dakwaan berkenaan pantas disangkal oleh sebahagian peminat lain yang menjelaskan bahawa penyanyi lagu Talking to the Moon itu sebenarnya memang tidak pernah mengikuti Rosé sejak dari awal lagi.
Namun begitu, sebelum spekulasi terus melarat, kedua-dua penyanyi terbabit dilihat memuat naik gambar sedang menikmati pizza bersama selepas tamat persembahan di laman media sosial masing-masing.

3 hours ago
3































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















