Tular sebuah video daripada seorang pelancong asing mendedahkan dia dan rakannya hampir menjadi mangsa penipuan oleh sekumpulan peniaga makanan laut di sebuah pasar di Semporna, Sabah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik pelancong itu di akaun TikToknya, kejadian berlaku ketika dia dan rakannya mahu membeli lobster.
Menurutnya, sekumpulan peniaga itu pada awalnya tidak mahu menerima wang yang dihulurkan.
Dakwa seorang peniaga di situ, kepingan wang kertas RM50 yang diberikan adalah palsu dan dia menyerahkan semula wang terbabit, kemudian mengambil semula bungkusan lobster itu.
Artikel berkaitan: Pelancong China ‘Complain’ Makanan Teruk, Kutuk Orang Sabah Tak Tahu Mandarin
Artikel berkaitan: “Baru dia tahu wanita Malaysia macam mana” – Tindakan Wanita Ini Bongkar Taktik Licik Peniaga Buat Ramai Puas Hati
Dalam video berkenaan, dapat dilihat pelancong itu menegaskan bahawa wang berkenaan dikeluarkan daripada mesin ATM.
Kumpulan peniaga itu kemudian membelek semula kepingan wang tersebut dan mengesahkan ia wang asli. Namun, ketika itulah salah seorang daripada mereka mula menukar lobster di dalam bungkusan dengan udang yang saiz lebih kecil.
Bagaimanapun, pelancong terbabit yang menyedari hal itu segera mengambil kembali wangnya. Disebabkan itu, kumpulan peniaga terbabit mula memarahinya seolah-olah sedar penipuan mereka sudah kantoi.
“Bikin malu orang Sabah”
Meninjau ke ruangan komen, pelancong berkenaan meminta untuk sebarkan video berkenaan supaya orang ramai melihat tindakan tidak bermoral kumpulan peniaga terbabit.
Netizen Malaysia terutama penduduk Sabah meluahkan rasa kecewa dengan sikap peniaga terbabit yang dilihat telah mencemarkan negeri itu.
Seorang pengguna berpesan kepadanya supaya berhati-hati jika ingin membeli makanan laut di situ. Katanya, ada pilihan lebih murah dan berbaloi untuk membeli makanan laut berbanding di kawasan tersebut.
Sumber: TikTok