nubhan kata isteri tahu punca cerai

Sepanjang minggu ini, kecoh diperkatakan mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi, Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 39 yang menjadi perbualan ramai.

Susulan itu, Nubhan semalam tampil menjawab persoalan mengenai isu rumah tangganya dan memperjelas dakwaan isteri yang mendakwa tidak tahu punca dia diceraikan oleh penyanyi tersebut.

Menurut Nubhan, mereka berdua sebenarnya tahu apa yang berlaku sehingga menyebabkan tiada lagi persefahaman antara pasangan ini.

nubhan mstar

Berat sebenarnya tapi bukan semua orang nak perkara ini berlaku. Saya sudah lama fikirkan hal ini. Dia dakwa tidak tahu punca diceraikan, itu tidak mungkin. 

“Saya dah pernah berbincang perkara ini banyak kali. Saya juga dah berjumpa bapanya bercerita tentang masalah yang berlaku serta pernah bawa dia berjumpa dengan pakar rumah tangga. 

“Bila dia kata tidak tahu (punca diceraikan) itu adalah tidak wajar. Saya pun tidak mahu cakap banyak kerana takut perkara yang tak baik keluar. Kami pernah tinggal bersama selama 10 tahun, jadi biarlah saya simpan semua kisah ini,” katanya kepada mStar.

Artikel berkaitan: “Banyak hati yang perlu dijaga” – Nubhan Nafi Orang Ketiga Punca Keretakan Rumah Tangga

Artikel berkaitan: Isteri Tidak Tahu Nubhan Ada Beli Rumah Di Dengkil, Kes Cerai Tangguh 2 Disember

Nubhan enggan jawab punca melafazkan cerai 

Dalam pada itu, Nubhan enggan menjawab persoalan mengenai punca dia melafazkan cerai terhadap Dr Afifah di luar mahkamah pada 26 Ogos lalu.

Dia juga mengulas kenyataan isterinya yang seolah-olah mengharap ada jalan damai di antara mereka dengan menegaskan yang sebelum ini dia juga pernah berusaha mempertahankan rumah tangga mereka.

Saya cuba bertahan selama 10 tahun dan bukan tidak pernah cuba untuk memperbaiki hubungan. Jadi saya tidak mahu komen tentang isu berbaik itu. 

“Tempoh 10 tahun bukan sekejap. Memang memikirkan soal anak antara sebab kami bertahan. Namun apa yang telah dilalui biarlah kami sahaja yang tahu. 

“Saya juga ingin nyatakan saya bersyukur dengan apa yang berlaku. Selama menjadi suami saya tidak pernah culas terhadap tanggungjawab dan kasih sayang. Mungkin takdir dah tertulis sampai di sini sahaja,” katanya.

Nubhan dan isteri

Terdahulu, Nubhan pernah memfailkan pengesahan lafaz cerai yang berlaku di luar mahkamah pada 26 Ogos 2025.

Pasangan ini juga dilaporkan pernah bercerai pada tahun 2017 namun kembali rujuk semula dalam tempoh idah dan tiada pengesahan lafaz cerai dibuat pada ketika itu.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.