Disebabkan kisah peribadinya tular di media sosial, seorang pegawai pemerintah dari Indonesia yang baru sahaja dilantik pada 17 Ogos lalu telah dipecat daripada jawatan itu.
Berdasarkan laporan sumber, Ketua Daerah (Bupati) Aceh Utara, Ayah Wa berkata pegawai tersebut terbukti bersikap curang dan meninggalkan isteri serta kedua-dua anaknya.
Artikel berkaitan : Suami Tergamak Ceraikan Isteri Waktu Susah Senang Lepas Diterima Jadi Kakitangan Kerajaan Kontrak
Artikel berkaitan : Risau Siling Pejabat Runtuh, Pekerja Kerajaan Di India Pakai Topi Keledar Ketika Bekerja
Dipecat sebab melanggar kod etika

Beliau berkata, keputusan memecat pegawai tersebut dibuat selepas pihaknya menyiasat kesahihan video yang tular mengenai perkara tersebut di media sosial.
Menerusi kenyataannya, Ayah Wa turut mengaskan bahawa kelakuan pegawai tersebut telah melanggar kod etika dan tidak mencerminkan nilai murni yang diterapkan oleh kerajaan wilayah.
“Kami tidak bertolak ansur dengan tingkah laku yang menjatuhkan maruah dan etika pegawai kerajaan.”
Sebelum ini, heboh di media sosial apabila isteri kepada pegawai tersebut menangis ketika ingin pulang ke pangkuan keluarga selepas dia diceraikan.
Wanita yang dikenali sebagai Safitri itu dikatakan telah diceraikan pada 15 Ogos lalu, dua hari sebelum suaminya itu dilantik sebagai pegawai pemerintah Unit Polis Perbandaran Aceh Singkil.

Dakwa wanita tersebut, punca penceraian itu berlaku adalah disebabkan dia tak menyediakan makanan selepas suaminya pulang dari kerja.
Kata Safitri, dia tidak dapat menyediakan makanan kerana tiada apa-apa di rumah dan tidak diberikan nafkah, pertengkaran mereka berlarutan sampaikan suaminya mengemas semua beg pakaian sebelum melafazkan cerai kepadanya.
Sumber: Kosmo!

3 hours ago
6






![“Tolongg!!” – [VIDEO] Penduduk Di Kawasan Perumahan Taiping Panik, Air Banjir Cecah Paras Pinggang](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/10/banjir-di-taiping.png)
























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















