Seperti yang kita dapat lihat semalam, banyak tokoh-tokoh politik hadir ke Masjid Negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri Malaysia Kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia pada 14 April lepas tanpa sebarang sentimen politik.
Antara individu yang hadir adalah Perdana Menteri Malaysia keenam iaitu Datuk Seri Najib Razak dan kita semua ambil cakna bahawa beliau kini sedang menjalani hukuman penjara dan disebabkan itu, lawatan tersebut diiringi oleh beberapa pegawai.
Artikel berkaitan : Orang Awam Boleh Beri Penghormatan Terakhir Kepada Tun Abdullah Di Masjid Negara, Ini Kod Pakaian Bagi Pelawat
Artikel berkaitan : Jenazah Tun Abdullah Selamat Disemadikan Di Makam Pahlawan
Bagi individu yang dikenali sebagai Mohd Faisal ini, tindakan Jabatan Penjara dianggap melebih-lebih kerana ada beberapa asbab. Antaranya, dia menjelaskan bahawa DS Najib bukanlah orang yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan orang rami atau negara.
“Dari awal beliau disiasat, beliau sentiasa beri kerjasama kepada mana2 pihak berkuasa. Beliau sangat berdisiplin dan sentiasa ikut peraturan.”
“Sepanjang beliau disiasat, dibicarakan dan setelah hukuman dijatuhkan, beliau tidak menimbulkan masalah kepada pihak berkuasa. Apatah lagi cubaan melarikan diri.”
Dia yang turut hadir ketika Istiadat Pengebumian Negara semalam tidak dapat menahan air mata apabila melihat jenazah Tun Abdullah. Sebagai individu yang pernah bekerja dengan dengan DS Najib dahulu, Mohd Faisal tahu sayangnya DS Najib terhadap Tun Abdullah.
“Saya sedih melihat sikap Jabatan Penjara ketika mengiringi DSN di Masjid Negara semalam. Saya tahu kita ada undang-undang. Tapi ada ketika undang2 boleh dipertimbangkan melalui budi bicara.”
“Tindakan Jabatan Penjara semalam mengaibkan DSN di depan orang ramai, termasuk dikalangan pelawat asing. Bekas PM Singapura berada di sana juga semalam. Itu belum kira lagi Duta2 dan perwakilan negara asing.”
Boleh baca selanjutnya di bawah ini….
Faisal turut menegur agar pihak Jabatan Penjara tidak perlu mengaibkan DS Najib dengan menarik tangan beliau dalam ucapara sebegitu kerana hanya sekadar merisik khabar kepada waris buat seketika bahkan tidak perlu melayan beliau denagn begitu butuk seperti beliau tiada jasa pada negara.
Sumber : Facebook