ft curi dompet

Zaman sekarang ini memang bahaya, pantang ‘lepa’ sikit je, macam-macam boleh terjadi macam kes yang terjadi kepada wanita ini. Dia ingin ke ke kedai serbaneka, mungkin niat hanya mahu ke kedai dalam masa yang sangat singkat, dia tidak mengunci pintu dan membiarkan barang brrharga miliknya di dalam kereta.

Namun, malang tidak berbau apabila ada seorang lelaki yang menaiki motor cuba menghampiri keretanya sebelum mencuri beg atau tas tangan milik wanita itu sebelum berlalu pergi. Kejadian itu terakam menerusi CCTV yang ada di kawasan kedai tersebut.

Artikel berkaitan : Baru 20 Minit Diikat Jamin, Pemandu Lori Langgar Anggota FRU Ditahan Semula Sebab Kes Curi Lembu

Artikel berkaitan : View Chin Bawa Bekas Isteri Makan Malam Dengan Anak-anak Curi Tumpuan Netizen

Biarpun rasa terkejut, wanita ini anggap ia satu perkara yang melucukan kerana tidak mempunyai wang tunai yang banyak di dalam dompet miliknya. Biarpun marah dengan pencuri yang membuatkan dia terpaksa membayar RM 265 untuk membuat kad pengenalan baharu, wanita ini berseloroh kerana dalam beg tersebut terkandung maskara yang baru beli.

Dalam pada itu, wanita ini juga anggap bahawa tindakannya itu hanyalah sia-sia kerana hanya mempunyai wang tunai yang ada kira-kira dalam RM 20 sahaja, apatah lagi kalau ditangkap sambil mengaku kecuaiannya disamping menggesa orang ramai terutamanya yang berada di Bangi atau Kajang untuk berhati-hati dengan kelibat pencuti bermotor biru ini.

“Jadi hasil dari kecuaian ni. Maka buat lah ic kali kedua dengan bayaran selepas diskaun RM265 😂 Warga bangi kajang. Beware ye dengan pencuri naik moto biru ni.”

@husnaiberahimm

Jadi hasil dari kecuaian ni. Maka buat lah ic kali kedua dengan bayaran selepas diskaun RM265 😂 Warga bangi kajang. Beware ye dengan pencuri naik moto biru ni. #ysuku #kajang #bangi #beware #pencuri #fyp #fypdonggggggg #masukberanda

♬ original sound – Djz Hieng – Djz Hieng

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur kerana mereka juga tidak mempunyai banyak wang di dalam dompet mereka terutamanya para ibu. Namun begitu ada juga yang ambil berat seandainya pencuri menggunakan kad bank wanita ini.

Screenshot 2025 05 21 181612 Screenshot 2025 05 21 181644 Screenshot 2025 05 21 181722

Hurm, mungkin akak tu dah block kad bank kot. Nasib lah zaman sekarang zaman cashless, yang ralatnya kalau IC je lah hilang dan dokumen penting. Apapun kita kena hati-hati.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.