titak adendum tidak sah permohonan najib ditolak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi tadi telah menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi melaksanakan Titah Adendum.

Justeru, Perdana Menteri keenam itu kekal menjalani baki hukuman di Penjara Kajang yang disabit atas kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian selepas berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, hakim juga memutuskan bahawa Titah Adendum itu tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan bagi maksud menjalani tahanan rumah di negara ini.

“Titah Adendum bukanlah satu perintah yang sah. Sehubungan itu perintah tahanan di rumah tidak boleh dilaksanakan,” kata Hakim Alice Loke Yee Ching.

bhnanjik 1736044878

Artikel berkaitan: Peguam Dedah Surat Istana Pahang, Sahkan Wujud Titah Adendum Benar Najib Jalani Tahanan Rumah

Artikel berkaitan: Peguam Jangka Najib Akan Dikeluarkan Dari Penjara Dalam Masa Sebulan

Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Dalam semakan kehakiman itu, Najib memohon satu perintah mandamus supaya kerajaan melaksanakan titah itu dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya untuk meneruskan hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Permohonan itu dikemukakan selepas Lembaga Pengampunan mengumumkan pengurangan hukuman penjara 12 tahun kepada enam tahun, serta pengurangan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta terhadap beliau.

Dalam permohonan itu, Najib mendakwa wujud satu titah tambahan yang membenarkannya menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah, selain titah diraja utama yang mengurangkan hukumannya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.