Bapa saudara kepada Allahyarham Mustaqqeem Mansor berkongsi satu video menyayat hati yang memaparkan dirinya sedang mencuci barangan peribadi milik arwah dengan penuh rasa sebak.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan tangan bapa saudaranya itu menggigil dan suaranya bergetar ketika membersihkan barangan hiking anak saudaranya, seolah-olah masih tidak percaya dengan kehilangan insan tersayang itu.
Artikel berkaitan: Rakan Sebak Kenang Allahyarham Mustaqqeem, Dakwa Arwah Memang Tak Tahan Sejuk
Artikel berkaitan: “Anak meninggal kita reda, tapi kenapa mereka tinggalkan dia?” – Luahan Ibu Allahyarham Mustaqqeem
@samad4477#justiceformustaqqeem #kongsipeluhsamasama #tonggeksfc
♬ original sound – SamadSaad – SamadSaad
Rakaman berdurasi singkat itu dikongsi di media sosial dan meraih pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengakui turut sebak melihat perkongsian tersebut.
Sebagai info, Mustaqqeem Mansor, 20 tahun, ditemui meninggal dunia pada 13 Oktober lalu ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Liang, Perak. Difahamkan, beliau mendaki bersama beberapa rakannya sebelum dilaporkan tidak sedarkan diri di puncak gunung sekitar jam 3.30 petang.
Pasukan penyelamat mengambil masa beberapa jam untuk menurunkan mayatnya ke kaki gunung sebelum dibawa ke Hospital Slim River bagi tujuan bedah siasat.
Hasil laporan awal mendapati, Mustaqqeem meninggal dunia akibat hipotermia, iaitu keadaan apabila suhu badan menurun secara mendadak akibat cuaca sejuk melampau.
Sumber: TikTok