Masih ingatkah lagi anda dengan kisah seorang bayi lelaki comel berusia lapan bulan, Muhammad Al Fateh yang maut akibat kecuaian pihak taska pada tahun lalu? Lebih menyayat hati apabila bayi tersebut merupakan permata hati yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapanya selama 13 tahun.
Terkini, ibu bapa bayi berkenaan difahamkan telah menimang cahaya mata kembar tiga baru-baru ini.
Berita gembira itu dikongsikan oleh bapa Allahyarham bayi Al Fateh, Mohd Fikri Amri menerusi Facebook semalam.

Artikel Berkaitan: Anak Meninggal Di Taska Lepas 13 Tahun Tunggu Zuriat, Ibu Bapa Al Fateh Ditaja Rawatan IVF Tunku Azizah
Artikel berkaitan: Selepas Pemergian Anak, Bapa Al-Fateh Tekad Pindah Ke Pangkuan Keluarga Setelah 14 Tahun Berjauhan
Menerusi perkongsian di Facebook itu, Mohd Fikry mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana dia dan isteri, Sabrina Hakiem telah selamat menimang tiga orang cahaya mata (bayi kembar tiga perempuan) pada hari Jumaat 24 Oktober 2025 semalam.

Pasangan ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua doktor, jururawat dan kakitangan Hospital Melaka yang telah bertugas membantu isterinya ketika suri hatinya itu berada di hospital selama 73 hari untuk pemantauan hospital sebelum bersalin.
Difahamkan, pasangan ini telah mendapat tajaan IVF daripada Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Bapa Al Fateh ini juga turut meluahkan kerinduannya kepada arwah anaknya, Al Fateh.
Al Fateh pasti tersenyum di taman syurga tengok mummy daddy dia sekarang ni. Rindu pada Al Fateh. Hari jumaat Al Fateh dijemput menghadap penciptaNya, jumaat juga Allah hadirkan puteri² adik al Fateh kepada kami. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Syukur dengan nikmatNya. Rezeki berganda datang pelbagai cara. Jangan pernah jemu memohon pertolongan kepada Allah SWT,” tulisnya.
Sumber: Facebook Mohd Fikry Amri

4 hours ago
4

















![“Tolongg!!” – [VIDEO] Penduduk Di Kawasan Perumahan Taiping Panik, Air Banjir Cecah Paras Pinggang](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/10/banjir-di-taiping.png)













:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















