feature image 14

Seorang khinzir menjadi perhatian masyarakat luar negara apabila haiwan tersebut yang dinamakan Norbert mempunyai kebolehan untuk bermain dengan papan selaju atau skateboard.

Lebih menarik perhatian lagi apabila kebolehan seekor babi tersebut juga telah mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Records baru-baru ini!

Babi dari Buffalo Grove, Illinoise, Amerika Syarikat itu difahamkan telah dilatih oleh tuannya, Vincent Baran.

khinzir naik papan selaju

Artikel Berkaitan: Usia Sudah 102 Tahun Tapi Tetap Berjaya Tawan Gunung Fuji, Siap Dapat Pengiktirafan Guinness World Records!

Artikel Berkaitan: “Mallathon, bukan marathon”- Orang Ramai Di Dubai Sertai Larian Dalam Pusat Beli Belah Kerana Cuaca Panas

Haiwan tersebut mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness untuk kategori ‘Papan Selaju 10 Meter yang Terpantas oleh Seekor Babi’ atau fastest 10m pushing a skateboard by a pig.

Menurut tuan khinzir ini, dia mendapat ilham untuk mengajar haiwan peliharaannya itu bermain papan selaju beberapa tahun lalu apabila dia menjumpai semula papan selaju lama miliknya.

Difahamkan, dia meletakkan kacang tanah di atas papan selaju itu sebagai umpan agar babi tersebut menaiki skateboard berkenaan.

khinzir naik skateboard

Menurutnya lagi, dalam masa 15 minit, khinzir peliharaannya itu kemudiannya berdiri di atas papan selaju tersebut dan selepas beberapa sesi latihan, ia mula menolak dirinya menggunakan papan selaju itu.

Haiwan tersebut juga difahamkan sangat bermotivasi apabila diberikan makanan jadi, setiap kali berlatih, makanan akan diberikan kepada khinzir tersebut.

Difahamkan, babi ini berjaya sampai ke garisan penamat dengan menaiki papan selaju itu dalam masa 11.32 saat sahaja!

Sumber: Guinness World Records

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.