Video yang memaparkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menari semasa lawatan beliau ke Malaysia bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 sambil ditemani oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mencuri perhatian dunia.
Menerusi video tular itu, Trump dilihat berinteraksi mesra dengan delegasi sambil mengikut rentak muzik tempatan.
Bagaimanapun, video terbabit mendapat reaksi kurang senang oleh seorang pengguna platform X yang juga warga Palestin.
Artikel berkaitan: Terlibat Dalam ‘Perjanjian Damai’ Bersama Donald Trump, Nama PMX Menjadi Perhatian Dunia!
Artikel berkaitan: Trump Langgar Protokol, Jemput Anwar Naik ‘The Beast’ Bersama!
Dalam hantaran tersebut, dia seolah-olah kecewa melihat Muslim seperti tidak peduli dengan apa yang menimpa rakyat Palestin ketika ini.
Kenyataan warga Palestin itu telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai, ada yang menyokong luahan wanita tersebut dengan mendakwa berasa malu melihat sambutan yang diberikan kepada Trump begitu meriah.
Seorang pengguna menyatakan warga Palestin juga ada hak untuk meluahkan emosinya dan seharusnya perlu memahami situasi yang mereka hadapi ketika ini.

Namun, ada yang menegur bahawa Malaysia sentiasa teguh menyokong hak Palestin terutamanya Gaza sejak dahulu lagi.
Beberapa netizen menjelaskan Perdana Menteri Malaysia ada menyentuh mengenai isu Gaza semasa berbual dengan Trump ketika mereka menaiki kereta rasmi presiden AS itu.
Malah, dalam ucapan pembukaan sidang kemuncak ASEAN-AS, Anwar membangkitkan isu Gaza di penghujung ucapan ringkasnya, seperti yang dilaporkan dalam media tempatan.

Sementara itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) turut menegur sambutan kedatangan Presiden AS ke negara ini dilihat terlalu meriah.
Katanya, beliau tidak pernah menolak urusan diplomasi antara kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat namun sambutan yang diberikan kepada Trump haruslah dilakukan secara sederhana.
Sumber: X, Malaysia Gazette

11 hours ago
6










![[VIDEO] Ramai Terharu Lihat Pakcik Tertunduk Sedih, Individu Borong Karipap Frozen Dijual Tepi Jalan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/10/pakcik-karipap-frozen-sg-isap.png)



















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















