“Masjid hanya jadi lokasi beriktikaf dan rehat para pelatih” – Ketua Pengarah APMM Nafi Dakwaan Masjid Rusila Diserbu

20 hours ago 7

Semalam, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah membuat dakwaan dengan mengatakan pasukan elit Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan serangan di Masjid Rusila, Marang pada 19 September lalu.

Dakwanya, APMM telah mengadakan ‘latihan’ di masjid tersebut yang mana tindakan itu disamakan dengan tragedi Memali 1985, insiden berdarah yang berlaku selepas polis cuba menahan pemimpin PAS, Ibrahim Mahmood dan pengikutnya.

Baru. Takiyuddin scaled 1

Ketika berucap di Dewan Rakyat, Takiyuddin juga mendakwa sekumpulan 10 hingga 15 individu telah menaiki lima kenderaan memasuki Masjid Rusila tanpa kebenaran, hingga menyebabkan ketakutan dan keresahan dalam kalangan jemaah.

Pada masa yang sama,  Ahli Parlimen Pendang, Datuk Haji Awang Solahuddin Hashim turut bertanya kalau latihan itu sebahagian daripada rancangan untuk membunuh Presiden PAS Abdul Hadi Awang, yang ketika itu berada di masjid berkenaan.

Artikel berkaitan: Cuba Serang Anggota Maritim Punca 5 Lelaki Warga Asing Ditembak Di Morib

Artikel berkaitan: PN Bersetuju Lantik Hamzah Zainudin Sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat

Ketua APMM nafi Maritim Malaysia serbu masjid 

Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah dalam satu kenyataan rasmi telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen Kota Bharu itu dan menegaskan ia merupakan tuduhan tidak berasas serta berpotensi menjejaskan imej pasukan keselamatan serta menjatuhkan moral operator pasukan elit negara.

Maritim Malaysia tidak pernah dan tidak akan menjadikan rumah ibadat sebagai lokasi serbuan atau operasi. 

“Latihan yang dijalankan ketika itu hanyalah sebahagian daripada silibus latihan taktikal pasukan khas,” tegasnya.

Beliau menjelaskan latihan tersebut merupakan sebahagian daripada modul survival, evasion, resistance and escape (SERE) yang dijalankan oleh pasukan khas dan penyelamat (STAR Team).

APMM

G33 mcmWsAAdLHY

Tambahnya lagi, masjid itu juga hanya dijadikan lokasi beriktikaf dan rehat bagi para pelatih selepas menunaikan solat Asar sebelum menerima tugasan seterusnya.

Pihak masjid telah dimaklumkan lebih awal mengenai kehadiran pelatih dan tiada sebarang gangguan terhadap jemaah mahupun aktiviti keagamaan berlaku,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan tiada elemen kekerasan atau tindakan tidak wajar sebagai mana yang didakwa berlaku, sebaliknya para pelatih hanya melaksanakan ibadah di dalam masjid tersebut.

Beliau juga memaklumkan, isu laporan polis yang timbul telah diselesaikan secara baik apabila pihak masjid menerima penjelasan lanjut dan memohon maaf atas salah faham yang berlaku.

G33 mctX0AAcJ3p

G33 mcoWYAAzZwu

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap, Malaysiakini

Sumber: X

Sumber: X

Sumber: X

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |