Thailand kini sedang melalui tempoh yang penuh duka selepas kemangkatan Bonda Ratu Sirikit Kitiyakara iaitu ibu kepada Raja Maha Vajiralongkorn. Biro Istana Diraja mengumumkan bahawa Ratu Sirikit telah mengkat pada petang jumaat lalu, di usia 93 tahun.
Sebagai tanda penghormatan, kerajaan Thailand telah mengisytiharkan tempoh berkabung rasmi selama setahun bagi semua penjawat awam dan kakitangan kerajaan, namun tempoh 30 hari pertama ditetapkan sebagai fasa berkabung paling ketara di seluruh negara.
Dalam tempoh ini juga, bendera kebangsaan Thailand dikibarkan separuh tiang dan semua instusi awam diarahkan untuk tangguh segala aktiviti hiburan serta majlis keraian yang berskala besar. Rakyat Thailand turut menzahirkan kesedihan melalui berpakaian hitam dan cuba menjaga kelakuan ketika berada di tempat awam.
Siapakah Ratu Sirikit?

Baginda sering diggambarkan sebagai lambang kelembutan, kebudayaan dan keibuan nasional bagi rakyat Thailand. Baginda juga turut dikenali dengan sifat dedikasi terhadap kerja-kerja kebajikan, pemeliharaan seni tradisional dan pemerkasaan wanita di luar bandar.
Sepanjang hayatnya, baginda aktif dalam mempromosikan hasil kraf tangan orang Thailand di peringkat antarabangsa dan dianggap sebagai ‘Ibu kepada Bangsa’ oleh rakyatnya. Kehilangan Ratu Sirikit ini bukan sekadar hilangnya figura keluarga diraja, tetapi juga hilangnya simbol kasih dan kebanggaan nasional yang sudah berakar lama.
Artikel Berkaitan: Perdana Menteri Thailand Batal Lawatan ke Sidang Kemuncak ASEAN Selepas Pemergian Permaisuri Sirikit – Lobak Merah
Artikel Berkaitan: Trump Puji Peranan Malaysia Sebagai Perantara Rundingan Damai Thailand-Kemboja – Lobak Merah
Kenapa ramai disaran pakai hitam?

Dalam budaya Thailand, warna hitam melambangkan duka dan penghormatan, terutamanya ketika tempoh berkabung diraja. Sepanjang tempoh berkabung, penjawat awam diwajibkan untuk memakai pakaian hitam atau putih, manakala rakyat umum pula hanya digalakkan untuk berbuat demikian.
Semua penjawat awam, kakitangan syarikat milik kerajaan dan pegawai kerajaan hendaklah berkabung selama setahun mulai 25 Oktober 2025.
Orang ramai turut dijemput untuk turut serta dalam tempoh berkabung dengan cara yang sopan dan penuh hormat,” kata Timbalan Jurucakap Kerajaan, Airin Phanrit dalam satu kenyataan selepas mesyuarat khas Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Anutin Charnvirakul pada Sabtu.
Bagi pelancong yang bakal melancong ke Thailand dalam masa terdekat adalah tidak diwajibkan berpakaian hitam, tapi sangat digalakkan untuk berpakaian sopan dan warna gelap seperti hitam dan kelabu. Jika tidak mempunyai pakaian hitam sepenuhnya, pemakaian reben hitam di lengan atau kiri dada juga sudah dianggap sebagai tanda hormat.
Jaga tingkah laku di media sosial

Negara Thailand juga amat memandang serius terhadap sebarang bentuk sindiran, komen negatif atau jenaka yang melibatkan keluarga diraja. Oleh itu, pelancong turut disaran untuk mengelakkan sebarang perbincangan sensitif tentang institusi diraja terutamanya di media sosial.
Orang ramai terutamanya para pelancong dikehendaki menggunakan bahasa sopan apabila bercakap tentang Ratu Sirikit atau upacara diraja serta dielakkan untuk memuat naik kandungan yang boleh dianggap tidak menghormati tempoh berkabung. Hal ini kerana, sifat empati dan kepekaan boleh memberi makna besar kepada rakyat tempatan Thailand.
Apa yang berlaku sepanjang tempoh berkabung?

Walaupun tiada sekatan perjalanan atau pembatalan acara besar-besaran, namun suasana di beberapa kawasan utama seperti Bangkok dan Grand Palace dijangka akan lebih tenang daripada biasa. Beberapa pusat hiburan dan tempat hiburan malam akan mengangguhkan atau mengehadkan operasi selama 30 hari, termasuklah konsert dan acara hiburan awam.
Acara keagamaan dan upcara penghormatan akan diadakan di seluruh negara, manakala orang awam dikatakan telah memberikan penghormatan terakhir kepada Ratu Sirikit di Astaka Sahathai Samakhom pada 26 Oktober dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari.
Kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Upacara Persemadian Diraja yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri Anutin Charnvirakul bagi memastikan upacara persemadian diraja berlangsung dengan penuh tertib mengikut adat istiadat Thailand.
“Pejabat Setiausaha Tetap kepada Perdana Menteri akan menubuhkan Jawatankuasa Upacara Persemadian Diraja yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, dengan jawatankuasa kecil bagi menyelia urusan upacara, pembinaan krematorium diraja, aturan keselamatan serta komunikasi awam,” kata Airin Phanrit.
Menurut Berita Harian, langkah ini dibuat bagi memastikan proses penghormatan terakhir kepada Ratu Sirikit dapat dijalankan dengan penuh penghormatan. Raja Maha Vajiralongkorn turut menitahkan Biro Istana Diraja menguruskan semua persiapan upacara persemadian dengan penghormatan tertinggi yang selaras dengan adat tradisi monarki Thailand.
Namun sekiranya korang merancang untuk ke Thailand dalam masa terdekat, tidak perlu pun untuk membatalkan perancangan tersebut. Cuma buat masa sekarang ini, negara ini meminta orang ramai untuk menggunakan pakaian yang disarankan serta jaga tingkah laku dan cara berinteraksi sahaja demi menghormati adat negara orang lain.
Dengan menghormati adat dan sensitiviti negara orang lain, kita bukan sahaja menunjukkan imej baik bagi negara kita, tetapi juga turut menunjukkan sifat empati dan rasa hormat terhadap budaya yang begitu bermakna buat rakyat Thailand.
Sumber: Berita Harian, Thaiger

20 hours ago
13




![[VIDEO] Ramai Terharu Lihat Pakcik Tertunduk Sedih, Individu Borong Karipap Frozen Dijual Tepi Jalan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/10/pakcik-karipap-frozen-sg-isap.png)

























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















