Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengesahkan bahawa pasport milik menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang didakwa melarikan diri ke luar negara sudahpun dibatalkan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pembatalan itu dilakukan oleh Jabatan Imigresen.
Artikel berkaitan : Polis Sahkan Dakwaan Menantu Muhyiddin Berada Di Luar Negara, Sedang Tunggu Maklum Balas Interpol
Artikel berkaitan : 2 Tahun Dalam Buruan SPRM, Menantu Muhyiddin Dipercayai Hidup Mewah Di Asia Barat?
Passport sudah dibatalkan
“Perkara pertama yang saya semak ialah sama ada terdapat permohonan daripada SPRM untuk membatalkan pasport individu tersebut.
“Jawapannya, ada. Maka tindakan itu tidak bercanggah dengan apa-apa peraturan,” katanya.
Tambahnya, notis pemakluman bagi memasukkan nama individu itu ke dalam senarai Interpol (Polis Antarabangsa) turut dibuat oleh SPRM seperti disahkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Saifuddin juga menjelaskan isu kebebasan pergerakan individu tersebut di luar negara berkait rapat dengan dokumen perjalanan yang digunakan.
“Kalau seseorang rakyat Malaysia bergerak ke luar negara, dia mestilah menggunakan pasport yang sah. Dalam kes ini, pasportnya sudah dibatalkan,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa dua agensi di bawah KDN, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia akan berkerjasama untuk memudahkan tindakan lanjut terhadap individu itu.
“Saya akan mendapatkan maklumat lengkap daripada semua pihak autoriti di bawah KDN, termasuk Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban. Keutamaan kami kini ialah bagaimana kedua-dua agensi ini boleh memfasilitasi proses membawa pulang individu berkenaan bagi tujuan siasatan SPRM.”
Sebelum ini, hangat diperkatakan setelah SPRM memaklumkan bahawa Adlan dipercayai tinggal di sebuah negara yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.
Menurut sumber, Adlan meninggalkan negara ini dan menuju ke New Zealand pad 17 Mei 2023, tidak lama selepas bapa mentuanya didakwa atas beberapa tuduhan rasuah.
Sumber : Buletin TV3