syaz ft 2025 10 23T134402.306

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Muhammad Adlan Berhan, kini berada di luar negara dan masih belum pulang ke tanah air.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya sedang menunggu maklum balas lanjut daripada pihak berkuasa antarabangsa berhubung usaha mengesan individu terbabit.

Artikel berkaitan: 2 Tahun Dalam Buruan SPRM, Menantu Muhyiddin Dipercayai Hidup Mewah Di Asia Barat?

Artikel berkaitan: Kenyataan Sentuh 3R, Muhyiddin Yassin Dakwa Ada Pihak Putar Belit Ucapan

“Tapi apapun semua sedia maklum bahawa beliau berada di luar negara, kita keluarkan waran tangkap yang sebelum ini, ada tindakan-tindakan yang sedang kita laksanakan,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis kini bekerjasama dengan Interpol untuk mendapatkan bantuan bagi membawa pulang Muhammad Adlan ke Malaysia bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

“Ia memerlukan bantuan daripada negara yang berkaitan dan insya-Allah kita akan mencuba yang terbaik,” katanya lagi.

Menurut beliau, setakat ini PDRM masih menunggu maklum balas daripada Interpol, namun yakin tindakan susulan akan diambil sebaik menerima sebarang perkembangan rasmi.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan bahawa Muhammad Adlan dipercayai telah meninggalkan Malaysia sejak tahun lalu dan kini berada di sebuah negara di Asia Barat.

SPRM turut menjelaskan bahawa negara berkenaan tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia, sekali gus menyukarkan proses membawa pulang individu berkenaan.

Setakat ini, pihak berkuasa masih meneruskan siasatan dan menegaskan semua tindakan dijalankan mengikut prosedur undang-undang serta bukti yang dikumpul.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.