Pelakon Kamal Adli memberitahu bahawa dia ada usaha untuk memujuk isterinya, Uqasha Senrose demi menyelamatkan rumah tangga mereka yang kini goyah.
Menurut Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, dia ada menghadiahkan telekung kepada isterinya sebagai tanda usaha kecil untuk memperbaiki hubungan mereka.
Bagaimanapun, dia mendakwa tidak mampu lagi untuk berbuat lebih selepas menerima surat amaran daripada pihak isteri agar tidak mengganggu.
“Saya ada bagi telekung kepada dia.
“Saya dapat surat yang mengatakan jangan ganggu anak guam dia (Uqasha). Jadi saya hormat untuk cooling period (tempoh bertenang) itu.
“Kalau saya, memang saya nak (pujuk),” katanya.
Artikel berkaitan: Hakim Beri Amaran, Kes Cerai Dengan Kamal Adli Tangguh Lepas Peguam Uqasha Tarik Diri
Artikel berkaitan: “Tak okay” – Kamal Adli Dedah Kena Block Sejak 27 Sept, Luah Masih Sayangkan Uqasha

Dalam pada itu, Kamal turut mengakui dia kini sedang melalui tempoh sukar dan begitu rindu terhadap isterinya.
Kamal juga menegaskan bahawa dia tidak pernah berlaku curang terhadap Uqasha serta menafikan dakwaan melakukan keganasan rumah tangga.
Sementara itu, peguam mewakili Kamal memaklumkan bahawa pihaknya telah menghantar surat rasmi untuk memohon pertemuan secara peribadi antara Kamal dan Uqasha.
“Kita ada usaha. Kita dah hantar surat untuk ajak jumpa secara peribadi,” ujar peguam Hadi Saleh.
Menurut laporan, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan tarikh 19 November bagi prosiding ketiga perceraian Kamal dan Uqasha.
Sumber: Kosmo!

14 hours ago
6











![[VIDEO] Ramai Terharu Lihat Pakcik Tertunduk Sedih, Individu Borong Karipap Frozen Dijual Tepi Jalan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/10/pakcik-karipap-frozen-sg-isap.png)



















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















