“Shawarma selepas 8 bulan” – Penduduk Gaza Gembira, Dapat Nikmati Makanan Enak Setelah Sekian Lama

17 hours ago 7

Meskipun suasana konflik Israel-Palestin masih lagi berlarutan sehingga kini, penduduk di Gaza baru-baru ini berkongsi satu kegembiraan kecil apabila dapat menikmati hidangan ayam dan makanan seperti shawarma setelah sekian lama berdepan dengan kebuluran.

Perkongsian daripada warga Gaza, Mahmoud Massri di X, telah mengundang rasa senang di hati netizen apabila melihat kegembiraan yang terpancar di wajahnya ketika sedang memasak masakan ayam buat keluarga dan penduduk di sana.

Today was a very special day for us in Gaza.
My family and five other families I care for finally had chicken after such a long time. 🍗
It may seem simple to some, but for us, it was a dream come true after years of hardship.
Today, we felt a rare kind of joy — the joy of food… https://t.co/Pa3VaRlXw8 pic.twitter.com/PKq5asnIXL

— Mahmoud Massri | مَحْمُود 🇵🇸 (@MahmoudMassri15) October 21, 2025

Hari ini merupakan hari istimewa buat kami di Gaza. Keluarga saya dan lima lagi keluarga lain yang saya lindungi akhirnya dapat menikmati ayam setelah sekian lama. 

“Ia mungkin perkara kecil buat sesetengah orang, namun bagi kami, ia merupakan satu impian jadi kenyataan selepas bertahun-tahun berhadapan dengan kesusahan. 

“Hari ini, kami merasakan kegembiraan yang luar biasa. Keseronokan menikmati makanan dengan rasa kesyukuran dan harapan. Terima kasih kepada semua yang membuat senyuman ini terukir,” tulisnya.

Artikel berkaitan: “Sudah dua dekad lebih” – Kenali Marwan Barghouti, Pemimpin Palestin Yang Israel Enggan Bebaskan

Artikel berkaitan: Siapa Saleh Aljafarawi? Wartawan Palestin Yang Ma*t Dit*mbak Individu Bersenjata

Selepas 8 bulan, baru dapat makan shawarma 

Selain itu, tular juga perkongsian seorang wartawan Gaza, Tala Darwish yang memuat naik pengalamannya dapat menikmati shawarma setelah lapan bulan dalam keadaan kebuluran.

Menurutnya, pengalaman tersebut adalah sesuatu yang tidak dapat dizahirkan dengan kata-kata.

Shawarma🥹🥹🥹🥹🥹 after 8 months I can’t describe pic.twitter.com/9TdMVyyVrl

— Tala Darwish (@Tala__Darwish) October 21, 2025

Perkongsian berkenaan telah menerima pelbagai respon daripada netizen yang tersentuh dengan kesungguhan rakyat Gaza yang masih meneruskan hidup walaupun ditimpa kesusahan dan ancaman.

Jatuh air mata tengok. Sebuah gambar yang sederhana tapi turut membawa makna kesakitan Gaza yang bertahun-tahun dan menunjukkan kesabaran mereka yang masih bertahan walaupun sudah banyak perkara berlaku,” komen salah seorang netizen.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza masih berkuat kuasa, meskipun insiden keganasan terbaharu mencetuskan kebimbangan tentang kelangsungannya.

Sumber: Kosmo, X (1) (2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |