libas remaja penunggan motosikal

Seorang lelaki yang bertindak melibas seorang remaja perempuan ketika mangsa membonceng motosikal di Jalan Tangga Batu petang semalam mendakwa menyimpan perasaan terhadapnya.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berdasarkan hasil soal siasat terhadap suspek berusia 25 tahun itu.

Pun begitu, siasatan lanjut bagaimanapun masih dijalankan bagi memastikan sama ada tindakan melibas mangsa menggunakan pisau dilakukan selepas mangsa menolak cintanya atau perasaan cemburu.

“Hasil soal siasat dilakukan, suspek ini memberitahu dia minat pada mangsa.

“Bagaimanapun sama ada dia melibas mangsa kerana remaja itu menolak cintanya masih dalam siasatan,” ujarnya.

Artikel berkaitan: Lib*s Penunggang Motosikal Dengan Objek Tajam, Lelaki 20-an Dicekup Polis

Artikel berkaitan: Tak Sempat Elak Motosikal Tiba-tiba Tukar Arah, Suami Isteri Patah Tulang, Kereta Dipandu Terbabas

G3wQ9lVXIAAPfLC

Sementara itu, suspek direman tujuh hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Melaka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, akibat kejadian terbabit, mangsa berusia 19 tahun yang bekerja sebagai operator kilang mengalami luka sepanjang kira-kira tujuh sentimeter di bahagian pinggang belakang.

Dalam pada itu, mangsa pula mendakwa dia tidak mempunyai sebarang perselisihan faham dengan sesiapa atau mengenali individu yang disyaki terlibat kerana baru tiga minggu bekerja di sebuah kilang di negeri ini.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.