“Tolongg!!” – [VIDEO] Penduduk Di Kawasan Perumahan Taiping Panik, Air Banjir Cecah Paras Pinggang

3 hours ago 6

Sejak malam semalam, situasi banjir di negeri Perak dilaporkan makin memburuk dengan seramai 1,931 orang penduduk di Larut, Matang, Selama dan Manjung telah dipindahkan ke 23 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 4.00 pagi tadi.

Menurut Berita RTM, di Manjung sahaja kira-kira 378 penduduk terjejas dengan 115 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

Artikel berkaitan: “Air dah makin deras” – Wartawan Pakistan Hanyut Ketika Liputan Banjir, Detik Cemas Dirakam Secara Langsung

Artikel berkaitan: Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Kejadian Banjir Di Shah Alam

“Baca doa yah, tolong!” 

Dalam pada itu, tular sebuah video memaparkan situasi banjir di sebuah kawasan perumahan dekat Taiping, di mana penduduk di kawasan berkenaan panik hingga ada yang menjerit meminta tolong kerana bimbang terperangkap dalam banjir.

Baca doa yah, tolong, dah sampai ni dah!” 

@arifiza9478

Beberapa jam yang lalu di muat naik oleh wanredzuan di media social, kawasan Taiping dan Kamunting dilanda banjir kilat selepas hujan lebat berterusan. Air dilaporkan naik dengan cepat, menyebabkan penduduk panik dan ada yang terpaksa berpindah ke tempat lebih selamat. Pihak berkuasa tempatan diharap dapat menghulurkan bantuan segera kepada mereka yang terjejas. Semoga semua urusan mangsa dipermudahkan dan keadaan kembali pulih seperti sediakala. 📷 wanredzuan #kemunting #perak #beritaterkini #news #malaysia

♬ original sound – Muhammad Syarifuddin – Muhammad Syarifuddin

Dalam rakaman berdurasi 19 saat itu, kedengaran juga tangisan dan laungan Allahuakhbar sayup di sebalik limpahan air yang sudah mencecah paras pinggang.

Menerusi rakaman yang sama, terdengar juga suara seorang lelaki meluahkan rasa bimbangnya terhadap keselamatan keluarga.

Habislah rumah aku, kesian dekat anak aku ni. Aku takut anak aku dok takut. Allahuakhbar,” katanya.

Selain itu juga, tular sebuah gambar memaparkan seorang lelaki dilihat menggendong bayi kecil dengan air banjir dillihat mencecah paras pinggang.

569645829 1246094580896073 959094022629982934 n

571264672 1246094500896081 2770440736975570201 n

570847651 1246111230894408 2412860360566943227 n

Kelihatan juga beberapa foto memaparkan mangsa banjir memanjat bumbung untuk berlindung sementara menunggu bantuan tiba.

Sehingga setakat ini, difahamkan pihak berkuasa, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang menjalankan operasi pemindahan dan pemantauan bagi memastikan keselamatan mangsa-mangsa yang terjejas.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan berterusan di beberapa kawasan di negeri itu, manakala paras air Sungai Kurau dan Sungai Kerian juga dilaporkan berada di hampir ke tahap amaran.

Sumber: Berita RTM, Sinar Harian, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |