palsu larangan telefon pintar 2

Baru-baru ini, tular sebuah dokumen menerusi aplikasi WhatsApp yang memaklumkan perintah larangan penggunaan telefon pintar bagi individu di bawah umur 16 tahun.

Menurut dokumen yang didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), mulai 1 Januari 2026, semua individu yang berusia di bawah 16 tahun dilarang sama sekali daripada memiliki, menggunakan atau mengakses telefon pintar di Malaysia.

Dokumen itu juga menyatakan keputusan tersebut kononnya dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 15 Oktober lalu.

LARANGAN

Dinyatakan juga skop serta perlaksanaannya dengan mereka yang gagal mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, amaran bertulis dan hukuman kerja khidmat masyarakat.

Artikel berkaitan: Dokumen Palsu: FAM Bakal Lantik Peguam Antarabangsa Hadapi FIFA

Artikel berkaitan: Fahmi Fadzil, Rafizi Dan Tujuh Wakil Rakyat Dapat Emel Ugutan Video Palsu Guna AI, Siap Minta Bayaran RM470,000!

Rupanya PALSU! 

Walau bagaimanapun, Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjelaskan bahawa dokumen bertajuk ‘Perintah Larangan Pengunaan Telefon Pintar Bagi Individu Di Bawah Umur 16 Tahun’ yang kini tular di aplikasi WhatsApp adalah palsu.

JPM dalam satu kenyataannya menegaskan bahawa jabatan itu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa beretika dan bertanggungjawab serta memastikan kesahihan maklumat sebelum dikongsikan kepada pengguna lain untuk mengelak sebarang kekeliruan,” katanya.

Menurut JPM lagi, penyebaran berita atau maklumat palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.