Misteri Kehilangan Lima Beranak Terjawab Dengan Penemuan Rangka Di Johor, Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu

2 hours ago 4

Niat seorang lelaki berusia 48 tahun untuk menjejaki semula isteri dan anak-anaknya yang telah lama terpisah bertukar menjadi tragedi apabila pihak polis menemukan rangka-rangka mereka yang terbakar.

Apa yang lebih mengejutkan adalah pihak forensik percaya yang kesemua mangsa ini telah dibunuh dan mayat mereka dibakar kira-kira tiga bulan sebelum penemuan rangka tersebut. Tragedi ini secara langsung mencetus kebimbangan orang ramai sebab tiada siapa menyangka di sebuah kawasan terpencil dekat Kangkar Pulai, Johor Bahru ini tersimpan kisah tragis yang mengerikan selama berbulan-bulan.

Berikut adalah kronologi yang korang perlu tahu…

Artikel Berkaitan: “Pengalaman gila dalam hidup kami” – Bapa Kongsi Detik Anak Hampir Jadi Mangsa C*lik Di Kawasan Perumahan – Lobak Merah

Artikel Berkaitan: Rangka Manusia Ditemui Di Belakang Rumah, Dipercayai Milik Lelaki Yang Dilaporkan Hilang Julai Tahun Lalu – Lobak Merah

Pihak polis terima aduan kehilangan lima beranak 

Ab Rahaman Bh

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata yang penemuan rangka ini berpunca daripada suami kepada mangsa yang terlibat yang membuat laporan mengenai kehilangan isteri dan anak-anaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada 9 Januari lepas.

Pengadu berkenaan memaklumkan yang isteri dan anak-anaknya dipercayai tinggal di sebuah rumah terbiar yang terletak dalam kebun kelapa sawit sekitar Kangkar Pulai.

Pengadu berusia 48 tahun ini pernah mendapat maklumat bahawa isteri dan anaknya pernah duduk di rumah tersebut yang terletak jauh dari jalan besar tanpa bekalan air dan elektrik sebelum dia bertindak mencari sendiri ahli keluarganya itu,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Selasa lalu.

Susulan laporan tersebut, pemeriksaan di sebuah rumah terbakar dan terbiar itu akhirnya menemukan rangka manusia terbakar di lokasi kejadian yang mana sekaligus mengesahkan kehilangan lima beranak yang dilaporkan sebelum ini.

Mangsa dibakar untuk hapus bukti 

Rumah Terbakar Kangar PulaiKawasan rumah mangsa yang terbakar

Hasil bedah siasat oleh pasukan forensik mengesahkan penemuan enam rangka manusia membabitkan dua orang dewasa iaitu seorang lelaki berusia 29 tahun dan seorang wanita berusia 35 tahun yang saling mengenali.

Lebih memilukan apabila anak-anak kepada wanita tersebut turut menjadi mangsa dalam kes ini iaitu seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, dua kanak-kanak perempuan berusia lima dan sembilan tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.

Pihak forensik percaya yang kesemua mangsa ini telah dibunuh dan mayat mereka dibakar kira-kira tiga bulan lalu sebagai tujuan menghapuskan bahan bukti jenayah.

Difahamkan, lokasi kejadian ini terletak jauh dari laluan utama sehingga kewujudan rumah itu tidak disedari langsung oleh penduduk sekitar. Salah seorang penduduk di situ berkata, setakat yang dia tahu, kawasan itu sebelum ini pernah dimiliki oleh seorang lelaki sebelum dijual kepada pemilik baharu.

Walaupun kami penduduk lama di kawasan ini, kami tidak pernah ke kawasan kebun kelapa sawit itu kerana tiada urusan di situ. 

Kami terkejut apabila mendapat tahu berlaku pembunuhan di situ kerana kami tidak sangka ada yang tinggal di kawasan berkenaan,” katanya.

Empat suspek ditahan 

Suspek Enam Rangka Manusia

Susulan siasatan, pihak polis telah menahan empat individu yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia antara 19 ke 35 tahun di sekitar kawasan Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.

Menurut Ab Rahaman, penahanan kesemua suspek ini mempunyai hubungan sebagai rakan penagih serta rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara Johor dan keputusan dibuat adalah untuk mendakwa dua suspek lelaki di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Dua lagi suspek dibebaskan dengan bon jaminan polis dan akan dipanggil sebagai saksi.

Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada hari Rabu iaitu hari ini. Jika disabit kesalahan, hukuman yang bakal dikenakan adalah hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Sumber: Pa & Ma, Sinar Harian (1) (2), Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |