Sejak kebelakangan ini, ada rakaman tular yang mendakwa bahawa seorang pelakon wanita mengunjungi ke sebuah kelab malam. Susulan itu, tuan empunya badan iaitu Emma Maembong tampil membuat pengakuan menerusi Instagram miliknya.
Pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail mengakui bahawa wanita dalam video berkenaan adalah dirinya dan menjelaskan bahawa dia ke sebuah kelab malam di Miri, Sarawak bagi menemani rakan yang bekerja sebagai DJ di situ.
Artikel berkaitan : “Mungkin tu video lama masa mereka berkawan” – Keluarga Nafi Emma Maembong Berkahwin Dengan DJ Kidd
Artikel berkaitan :[VIDEO] Emma Maembong Kongsi Cara Mudah Buang Dakwat Mengundi Raih Perhatian Netizen
“Kenapa sampai perlu kaburkan muka?” – Emma Maembong
Jelasnya, dia ke kelab malam tersebut dengan rela hati dan tiada niat untuk sembunyikan identitinya daripada orang ramai.

“Saya tak faham kenapa orang ramai nak over-over keadaan sampai perlu kaburkan muka.”
“Mudah saja, saya pergi ke Sibu sebab penggambaran muzik video. Kebetulan DJ Kid ada di situ, saya pergi tengok.”
Tegas Emma lagi, dia bersikap terbuka dan sempat beramah mesra bersama peminat yang berada di kelab berkenaan.

“Saya sendiri yang masuk kelab, saya tak pakai pelitup muka atau topi sebab saya memang nak tengok dia spin. Bila orang rakam saya yang lambai orang dengan mesra, saya tahu ramai yang rakam dan saya biarkan perkara itu berlaku.”
Katanya lagi, situasi itu bukan sesuatu yang patut disorok kerana dia berada di di situ dalam keadaan selesa dan gembira.
“Benda ini bukan sorok-sorok bawah meja. Lainlah kalau saya terkantoi dan tersebar. Tapi ini memang saya sendiri yang biarkan, tak perlu kaburkan muka dan tak perlu berteka-teki.”
“Saya yang masuk dalam keadaan gembira dan ramai yang menjaga saya. Orang Sibu dan Sarawak sangat sporting. Meeka jaga saya dengan baik.”
Sumber : mStar Online, Instagram

2 hours ago
2






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















