Seorang lelaki warga emas berumur 81 tahun telah ditahan selepas disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita yang berusia 69 tahun di sebuah rumah yang terletak di Lubok China, Alor Gajah, Melaka pada malam Isnin.
Difahamkan serbuan dibuat kira-kira jam 10 malam yang dilakukan oleh imam ketua kampung bersama anggota polis serta penduduk kampung sebelum memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Artikel berkaitan : Selingkuh Dengan Isteri Orang, Duda Sembunyi Atas Pendingin Hawa Untuk Elak Dicekup Khalwat
Artikel berkaitan : Pelajar IPT Dicekup Berkhalwat, Beri Alasan Sedang Ulang Kaji Pelajaran Dalam Kereta
Pernah ditegur penduduk kampung
Mereka berdua ditahan untuk tindakan lanjut selepas gagal mengemukakan dokumen sah pernikahan mereka. Gambar serbuan tersebut tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Memetik laporan Sinar Harian, sumber kariah masjid menjelaskan bahawa lelaki berkenaan baru sahaja kehilangan isterinya pada bulan lalu dan lelaki tersebut merupakan seorang peniaga dan sering dilihat keluar bersama wanita terbabit.

“Penduduk sebelum ini sudah menegur tindakan pasangan warga emas terbabit yang sering dilihat keluar berdua. Tetapi mereka bukanlah tinggal bersama di rumah itu, cuma ketika serbuan dibuat, hanya mereka berdua yang berada di dalam rumah.”
Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan tanpa nikah.
Sumber : Sinar Harian

                        6 hours ago
                                5
                    






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















