Adik ipar kepada Prince Syed tampil mendedahkan mengenai konflik yang berlaku antara keluarga mereka dengan pempengaruh dan usahawan terbabit selepas keluar daripada lokap semalam.
Pada Ahad lalu, Muhd Ikhwan Alif bersama abang dan kedua ibu bapanya ditahan polis susulan Prince Syed membuat laporan polis mendakwa dipukul mereka.
Muhd Ikhwan meluahkan rasa terkilan dengan tindakan abang iparnya itu yang dianggap keterlaluan apabila ibu dan bapanya turut dimasukkan ke dalam lokap.
“Apa yang dia (abang ipar) buat sangat melampau sampai emak menangis. Patutnya cukup buat laporan terhadap saya dengan abang saja tapi tergamak dia buat sampai letak emak dengan abah dalam lokap.”
Artikel berkaitan: “Mak cik tak pernah bermalam di lokap, itu satu mimpi ngeri buat makcik” – Ibu Mentua Prince Syed
Artikel berkaitan: “Saya nak tenangkan fikiran dulu, saya nak rehat” – Live Di TikTok, Isteri Prince Syed Bagi Respon
Menjelaskan mengenai insiden tular itu, dia mengakui kejadian berlaku akibat emosi tidak terkawal selepas ibunya tidak dibenarkan melawat kakaknya, Fatin Syazwani yang dirawat di hospital.
“Kenapa buat begitu, kalau tak bagi kami semua (melawat), bagi emak pun okay. Sekarang pun emak berat nak balik kampung sebab belum jumpa kakak.
“Sudah sebulan emak tak dapat berhubung dengan kakak. Ikutkan saya bukan marah tapi terkilan bila dia buat begitu kerana kasihan dekat emak yang nak sangat jumpa kakak,” katanya.
Menurut Muhd Ikhwan, hubungan mereka dengan Prince Syed sebelum ini baik, namun mula renggang sejak berlaku salah faham berkaitan kakaknya.
“Benda boleh bincang dan jelaskan tapi dia pilih melarikan diri sampai kami tak dapat jumpa kakak.
“Kalau beritahu lebih awal sekalipun mengenai pembedahan itu, kami tak marah dan halang pun cuma kenapa nak sorok? Sampai sakit pun nak sorok,” katanya.
Sementara itu, Muhd Ikhwan juga menegur tindakan kakaknya seolah-olah belum sedar segala pengorbanan yang dilakukan mereka.
“Untuk kakak pula, saya nak dia sedar yang kami sudah berkorban untuknya sampai emak dan abah masuk lokap. Takkan dia tak nampak lagi?” ujarnya.
Justeru, dia berharap agar abang iparnya itu berubah dan memberikan peluang untuk ibunya bertemu Fatin.
Sumber: Harian Metro

                        7 hours ago
                                7
                    






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















