Sekitar jam 7 malam semalam, keluarga kepada pempengaruh, Fatin Syazwani Ishak yang sebelum ini ditahan telah dibebaskan polis.
Susulan itu, ibu kepada Fatin iaitu Aminah Haniffa, 55, telah berkongsi pengalamannya bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, selepas ditahan polis bagi membantu siasatan kes melibatkan menantunya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman atau dikenali Prince Syed, 33.
Selain Aminah, suaminya, Ishak Saif, 59, dan dua anak iaitu Muhd Syahmi Faiz, 31, juga Muhd Ikhwan Alif, 22, turut ditahan bagi membantu siasatan, lapor Harian Metro.
Mak cik tak pernah bermalam dalam lokap jadi pengalaman itu satu mimpi ngeri buat mak cik.
“Sepanjang duduk dalam lokap, mak cik banyak menangis dan sedih kerana mengenangkan macam mana keadaan Fatin di hospital,” katanya.
Berkongsi kisah yang berlaku, Aminah berkata, dia dan suami serta dua anak pada asalnya bertolak dari rumah mereka di Gerik, Perak ke sebuah hospital di Selangor pada Sabtu lalu selepas mengetahui anak mereka menerima rawatan di situ.
Namun apabila mereka tiba di hospital, jam pada waktu itu agak lewat iaitu hampir 9 malam dan mereka tidak dapat bertemu dengan Fatin kerana waktu melawat sudah tamat.
Jadi mak cik dengan suami dan anak bermalam di rumah anak saudara iaitu sepupu Fatin.
“Esoknya, kami datang ke hospital ketika waktu melawat namun tidak dibenarkan naik ke wad… kami ada terserempak dengan Syed (Prince Syed) namun dia langsung tidak menyapa kami.
“Sampai habis waktu melawat, kami tak dapat naik kecuali sepupu Fatin dan waktu nak gerak, kami nampak kereta Syed memecut laju keluar dari hospital,” katanya.
Artikel berkaitan: “Saya nak tenangkan fikiran dulu, saya nak rehat” – Live Di TikTok, Isteri Prince Syed Bagi Respon
Artikel berkaitan: Polis Sahkan Ibu Bapa Mentua Prince Syed Antara 4 Individu Yang Ditahan
“Mak cik mengaku geram sangat waktu itu dan ada naik tangan cuma…”
Menurut Aminah, dia dan suami kemudian bersama dua anak kemudian mengekori Prince Syed sehingga sampai ke rumah kakaknya di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, Klang.
Setibanya di situ, berlaku perselisihan faham di antara mereka yang cuba menahan kereta Prince Syed yang ingin berpatah balik dan didakwa cuba melarikan diri.
Mak cik mengaku geram sangat waktu itu dan ada naik tangan cuma terkena sedikit saja pada badan Syed kerana dia mengelak.
“Waktu Syed nak patah balik, kereta dipandunya hampir terlanggar mak cik dan itu yang menyebabkan salah seorang anak mak cik marah sampai angkat topi keledarnya itu,” katanya.
@meltycheese2allahuakbar 🥹 #fyp #princesyed #malaysiatiktok #foryoupage #fypシ゚
♬ original sound – munckin 💥 – 🍃
Namun, Aminah tidak menyangka kes itu akan menjadi besar kerana hubungannya dengan Prince Syed baik tanpa sebarang masalah sebelum ini.
Dia juga mendakwa terkilan selepas Prince Syed tidak benarkannya dan ahli keluarga lain bertemu dengan anak serta tiada makluman mengenai pembedahan bariatrik yang dijalankan Fatin.
Sejak Syed kahwin dengan anak mak cik, mak cik sudah anggap dan sayang dia macam anak sendiri.
“Siapa tak sayang menantu kerana kalau tak sayang, sudah lama mak cik minta mereka berpisah. Tapi sebagai ibu dan mentua, mak cik tak tergamak pun nak keluar perkataan itu (minta berpisah) seperti didakwa.
“Jadi dakwaan mak cik minta mereka berpisah tak betul… sama juga dengan dakwaan yang kononnya mak cik berpakat dengan Syed untuk ‘content’… mak cik bukan nak publisiti, cuma orang kampung saja,” katanya.
Aminah harap dapat berjumpa dengan Fatin
Dalam pada itu, Aminah juga berharap dapat bertemu dengan anaknya dan dua cucu sebelum pulang ke Gerik kerana terlalu rindu memandangkan sudah lama mereka tidak berjumpa.

Mak cik nak sangat jumpa Fatin, nak tengok keadaannya sebelum balik kampung cuma tak tahu ada peluang atau tak.. nak jumpa cucu juga.
“Apa pun terjadi, mak cik tetap sayang anak mak cik kerana tahu dia macam mana dan kalau boleh nak dia kembali ke pangkuan mak cik.
“Buat masa ini, mak cik maafkan Fatin… tapi sampai mati mak cik tak maafkan Syed dan sudah-sudahlah dengan sikapnya itu,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah mengesahkan Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Selatan sudah membuka kertas siasatan mengenai kes tersebut mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro

                        8 hours ago
                                7
                    





























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















