“Sewaktu saya tonton dahulu, tiada babak seperti itu” – Sabri Yunus Dah Beberapa Kali Tonton Pementasan Teater ‘Viral’

5 hours ago 10

Pelakon senior Sabri Yunus ambil cakna mengenai isu pementasan teater daripada universiti tempatan yang melakukan adegan sensitif. Disebabkan itu, ia membuatkan beliau terpanggil untuk menyuarakan pandangannya terhadap batas dalam berkarya.

Pemilik nama Muhammad Sabri Yunus, 65 mengatakan bahawa pementasan teater tersebut bukanlah perkara baharu, bahkan persembahan sama pernah dianjurkan di beberapa lokasi sebelum ini tanpa sebarang isu.

Artikel berkaitan: “Lepastu salahkan aku sebab kasar” – Tareq Fit Dakwa Kes Teater Di UM Berpunca Daripada ‘Hiburan Haram’

Artikel berkaitan: “Tidak selaras skrip asal” – UM Tampil Perjelas Adegan Tidak Bermoral Dalam Persembahan Teater

Dalam hal ini, Sabri turut mengatakan setiap pengkarya harus mempunyai kesedaran tentang batas terutamanya melibatkan aspek agama.

“Saya ada terbaca satu posting di Facebook. Rupanya teater yang sama pernah dipentaskan di sebuah universiti yang lain. Saya juga pernah menonton pementasan kisah yang sama di MATIC.”

“Kisah ini sebenarnya sudah banyak kali dipentaskan. Sewaktu saya tonton dahulu, tiada babak-babak seperti itu.”

Screenshot 2026 04 17 170334

“Tak kisahlah sama ada dalam lukisan atau teater, kita kena ada kesedaran sendiri tentang batas-batas di dalam agama.”

Sabri turut kongsikan kepada mStar bahawa biarpun seni itu sering dianggap sebagai medium bebas, Sabri turut menegaskan bahawa agama telah menetapkan garis panduan tertentu.

Bahkan, pelakon filem Malam Terlarang itu juga ada memberikan pendekatan dengan membandingkan seni dari negara Barat dan agama Islam yang berbeza daripada segi sensitiviti masyarakat dan pegangan agama.

“Walaupun seni itu dianggap bebas secara tidak langsung, namun seni dalam Islam tidak akan menjadi bebas.”

“Saya selalu beri contoh, jika di Barat. ada 20 pelukis dan di hadapan mereka ada seorang wanita berbogel. Lalu, mereka melukis tanpa ada sebarang rangsangan.”

“Bagaimanapun, dalam sudut Islam pula jika kita berada dalam situasi sama dan melukis tanpa ada rasa rangsangan, tetap tidak boleh walaupun tiada perasaan.”

Screenshot 2026 04 17 170313

Berkenaan dengan kes pelajar yang terlibat, Sabri berpendapat bahawa pendekatan yang lebih membina wajar diutamakan berbanding dengan memberikan hukuman keras.

“Pada saya, mereka ini tidak perlu dihukum. Namun, mereka haruslah mempunyai kesedaran bila isu seperi ini berlaku. Nak menghukum pun tak guna kerana ia sudah berlalu.”

“Hukuman tersebut akan melemahkan lagi semangat pelajar-pelajar itu. Di universiti, mereka ini mahu belajar dan menuntut ilmu. Mereka seharusnya dihukum dengan ilmu juga.”

Sebelum ini, satu rakaman video tular membabitkan penuntut sebuah universiti yang melakukan aksi intim pelajar lelaki dan perempuan secara terbuka di atas pentas.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |