Kapal Malaysia Selat Hormuz

Satu daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api dilaporkan mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang menyatakan kerajaan sedang memantau lima kapal Malaysia yang masih berada di laluan strategik itu.

Pada masa sama, dua buah kapal yang telah melalui laluan tersebut iaitu satu daripadanya telah tiba di tanah air manakala sebuah lagi sedang menghampiri perairan Malaysia.

“Satu kapal sudah sampai (di Pengerang, Johor), satu lagi hampir sampai dan masuk dalam perairan Malaysia, maknanya (ada) dua (kapal), yang lain itu dengan keputusan baharu walaupun sudah lepas, tetapi kita masih memantau.

“Dari segi kelulusan, memang Iran memberi kelulusan kepada tujuh kapal kita (melepasi Selat Hormuz), tetapi satu (kapal) mempunyai masalah kerosakan hingga tak boleh berlepas dari pelabuhan.

“Disebabkan keadaan terbaru ini, kita ada hadapi masalah sedikit,” katanya.

Hormuz Afp 0 0 1

Artikel berkaitan: “Malaysia negara sahabat” – Iran Bagi Jaminan 7 Kapal Malaysia Boleh Lalu Selat Hormuz Secara Percuma

Artikel berkaitan: “Bukan minyak habis…” – Stesen Minyak Didakwa Enggan Jual Diesel, KPDN Ambil Tindakan

Sementara itu, Anwar berkata, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mewakili beliau pada sidang khas antarabangsa berhubung situasi di Selat Hormuz anjuran United Kingdom dan Perancis, malam ini.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.