Wanita Diriba Pemandu Bas

Wanita yang terbabit dalam video tular diriba pemandu bas merayu hukuman yang dikenakan terhadapnya diringankan.

Tertuduh, Nur Adila Najwa Ilham Ameerullah, 21, yang mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Majistrest pada hari ini mendakwa dia merupakan pelajar cemerlang SPM kira-kira tiga tahun lalu.

Dia dan pasangan tertuduh, Arif Fahmi Abd. Salam, 36, didakwa secara bersama-sama di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, mereka didapati sebagai pemandu bas bernombor pendaftaran APE 9588 telah membantu kenderaan tersebut dengan cara yang merbahaya kepada orang awam.

Dalam prosiding itu, Nur Adila turut didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina seorang penumpang wanita berusia 44 tahun yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.

Artikel berkaitan: Pemandu Bas Riba Wanita Rupanya Suami Orang? Polis Kini Sedang Buru 2 Suspek

Artikel berkaitan: “Tak fikir nyawa penumpang ke?” – Riba Wanita Ketika Bawa Bas, JPJ Siasat Pemandu Bas Ekspres

671271334 1287076766854029 8507501928823464727 N

Dalam rayuan tertuduh, dia memberitahu dijaga oleh neneknya sejak bayi di Kedah dan memperoleh keputusan 8A dalam SPM.

“Saya dapat keputusan 8A 2B dalam SPM dan duduk dengan tok (nenek) sejak bayi, ibu berpantang.

“Saya ada dapat tawaran belajar tapi tak berkemampuan, selepas tok meninggal tak ada yang menanggung saya jadi saya telah berhijrah untuk mencari kerja.

“Saya berharap hukuman ringan diberikan kerana saya mahu sambung belajar,” katanya dalam nada sebak.

Dengan mengambil kira usia tertuduh yang masih muda, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM5,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar bagi Seksyen 42(1) APJ 1987.

Sementara itu, tertuduh lelaki dikenakan jumlah denda yang sama dengan dipenjara setahun.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.