Korang mesti perasan sesetengah kedai makan didapati tidak menyediakan sabun basuh tangan yang sepatutnya.
Ada yang menyediakan cecair sabun tetapi kualiti diragui keberkesanannya, selain turut dicampur dengan air, malah ada bekas yang hanya dipenuhi dengan air semata-mata.
Perkara ini turut dipersoalkan oleh seorang pempengaruh dan usahawan, Faiz Aizif yang meluahkan kekecewaannya terhadap pemilik kedai makan yang mencampurkan air dalam sabun basuh tangan yang disediakan dalam premisnya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok miliknya, dia menempelak tindakan peniaga kedai makan yang dilihat begitu berkira dalam menyediakan sabun basuh tangan yang sepatutnya.
“Meniaga tak ada untung sangat ke? Sampaikan sabun basuh tangan nak kena campur dengan air.
“Kedai makan mesti nak campur sabun basuh tangan dengan air sampai ceroi (cair). Picit tak keluar apa, keluar air sahaja.
“Meniaga sampai beribu-ribu, sehari boleh beratus-ratus, awat berkira sangat setakat nak beli sebotol, letak yang RM2 lebih, tak habis pun aih” katanya.
Artikel berkaitan: Biar Budak Kencing Di Dapur Ketika Memasak, Restoran Diarah Tutup Serta Merta
Artikel berkaitan: “Tak payah bayar kan?” – Pempengaruh Bangga Tayang 40K Followers, Didakwa Sebab Nak Makan Free?
Faiz turut menegur peniaga kedai makan seperti tidak mahu melaburkan duit untuk menyediakan sabun basuh tangan berkualiti sedangkan dari situ juga kita boleh mengutip pahala kerana memudahkan urusan kebersihan kepada pelanggan.
“Yang pelik kenapa nak kena campur dengan air? Sebab nak berjimat? Kenapa berkira sangat nak bagi orang bersihkan tangan, dapat pahala. Rezeki pun Allah buka,” tegurnya.
@faizsoul_Video Ni Khas Kepada Owner Kedai Makan. Toksah Berkira Sangat ! Isu Sabun Basuh Tangan Campur dengan Air Konon Nak Jimat . #faizsoul #airfaizsoul #Jussedapfaiz #keksouldap #tourfaizsoul
♬ nhạc nền – wild animals🐯 – wild animals🐯
Terima kasih suarakan
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Faiz dan turut mengeluh sifat berkira peniaga dalam menyediakan beberapa kemudahan lain seperti tisu.
 
 
Sumber: TikTok

                        6 hours ago
                                4
                    






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















