Hubungan antara pempengaruh sensasi Malaysia, Ameera Khan, dan pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol, sekali lagi menjadi topik panas selepas netizen perasan kedua-duanya telah memadam foto-foto bersama di Instagram. Malah, mereka juga dilihat sudah pun unfollow antara satu sama lain.
Tindakan luar jangkaan itu membuatkan orang ramai tertanya-tanya sama ada Ameera dan Jefri sudah berpisah dan membawa haluan masing-masing.
Artikel berkaitan: Selamba Letak Peha Atas Riba, Netizen Gesa Ameera Khan & Kekasih Kahwin Segera
Artikel berkaitan: “Mak Arab, bapa Pakistani” – Ameera Khan Mengaku Bukan Melayu, Beri Penjelasan Pasal Keluarga

Hubungan mereka bermula sekitar akhir 2023, apabila mereka mula dilihat muncul bersama di beberapa acara fesyen di dalam dan luar negara serta berkongsi momen intim di media sosial.
Menjelang awal 2024, pasangan ini sudah dianggap ‘rasmi’ oleh peminat apabila foto-foto percutian mereka tular dan interaksi mesra antara mereka di Instagram tidak lagi disorok.
Jefri sebelum ini juga pernah berkunjung ke rumah Ameera dan dilihat mesra bersama ahli keluarganya.
Pun begitu, setakat ini Ameera dan Jefri masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan hubungan mereka itu.

                        6 hours ago
                                6
                    






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















