pingat sukan SEA 2025

Temasya sukan SEA Thailand 2025 yang bermula pada 9 Disember lalu bakal melabuhkan tirainya pada hari ini dengan majlis penutupan Sukan SEA pada malam ini.

Berita menggembirakan buat semua peminat sukan di Malaysia apabila kontinjen negara kita berjaya melepasi sasaran 200 pingat di sukan SEA edisi 2025 ini dengan jumlah keseluruhan pingat yang berjaya dikutip setakat ini ialah 229 pingat, lapor Astro Arena.

WhatsApp Image 2025 12 20 at 10.51.19 AM

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aksi Jurulatih Malaysia Berlari Peluk Rai Emas Atlet ‘Skateboard’ Indonesia Raih Perhatian Netizen Seberang

Artikel berkaitan: Akhirnya Emas! Malaysia Tewaskan Tuan Rumah, Tamatkan Kemarau 34 Tahun Sepak Takraw

Setakat ini, difahamkan, Malaysia mempunyai 56 pingat emas, 57 pingat perak dan 116 pingat gangsa.

Dengan jumlah tersebut, Malaysia berada di tangga keempat kedudukan pingat.

2

Thailand selaku tuan rumah berada di tangga pertama kedudukan pingat diikuti dengan Indonesia dan Vetnam.

Namun, difahamkan, jumlah kutipan pingat ini masih boleh berubah kerana pada hari terakhir ini, masih berbaki lagi beberapa perlawanan.

1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.