Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita yang dikatakan bekas pelakon, Nonny Nadirah melakukan aksi luar biasa apabila memasak di tepi jalan pada waktu malam. Situasi itu bermula apabila wanita tersebut dilihat memberhentikan keretanya di bahu jalan sebelum membuka pintu dan mengeluarkan peralatan memasak dari dalam kenderaan.
Dengan hanya menggunakan dapur gas mudah alih, dia terus menyediakan kuali dan mula memasak seperti berada di dapur sendiri. Apa yang mencuri perhatian, wanita itu kelihatan cukup tenang dan bersahaja, malah sempat tersenyum ke arah kamera ketika memasak. Dia juga dilihat memecahkan telur ke dalam kuali, seolah-olah sedang menyediakan hidangan ringkas tanpa rasa kekok walaupun berada di lokasi yang agak luar biasa.
Artikel berkaitan: “Langit dah bagitau saya disihir teruk” – Tegas Diri Tak Gila, Nonny Nadirah Mohon Bantuan PDRM
Artikel berkaitan: Nonny Nadirah Tarik Perhatian Lagi, Kali Ini Berkemban Sambil Hisap P*ting
@shuuterawMy dinner for today. Either Paypal or Buy me a coffee. Thank you. #shuuteraw #nonnynadirah
♬ original sound – mataheart – mataheart
Suasana sekeliling yang gelap dan sunyi menambahkan lagi elemen ‘random’ dalam video tersebut, sekali gus membuatkan ramai netizen tertanya-tanya sama ada aksi itu sekadar konten atau mempunyai maksud tersendiri. Walaupun ramai yang mendakwa individu dalam video tersebut adalah Nonny Nadhirah, identiti sebenar masih belum dapat disahkan dan akaun yang memuat naik video itu juga belum dipastikan miliknya.
Dalam ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan kesusahan yang kini dialami oleh pelakon tersebut, ramai juga yang ingin menghulurkan bantuan kepadanya.

Sumber: TikTok

13 hours ago
7






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















