Rakyat Malaysia Disarankan Tangguh Perjalanan Jika Ada Perancangan Untuk Ke Thailand

12 hours ago 9

Mana-mana rakyat Malaysia yang ada perancangan untuk ke Thailand dinasihatkan agar tangguhkan sementara susulan dengan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan petrol dan diesel di negara tersebut sejak 2 hari lalu.

Kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, nasihat tersebut khusus kepada mereka yang merancang untuk ke negara Gajah Putih itu sempena cuti panjang Aidilfitri pada hujung minggu ini.

Artikel berkaitan: Thailand Laksana WFH Untuk Jimatkan Penggunaan Tenaga, Netizen Mula Persoal Malaysia Bila Pula?

Artikel berkaitan: “Malu bang perangai macam ni” – Sikap Pelancong Malaysia Curi Air Di Thailand Undang Kecaman Netizen

Masih belum ada rakyat Malaysia terkandas di Thailand

Tambah beliau, mereka yang merancang ke destinasi popular seperti Hat Yai dan Songkhla disarankan untuk menangguhkan perjalanan jika tiada urusan penting.

“Jika tiada keperluan mendesak, sebaiknya tangguhkan perjalanan buat sementara waktu. Bagaimanapun, jika terpaksa juga ke sana, rakyat Malaysia perlu merancang perjalanan dengan teliti.”

Minyak Thailand

Jelas beliau, setakat ini masih belum ada lagi rakyat Malaysia yang terkandas di Thailand. Ahmad Fahmi juga menjelaskan keadaan tersebut bukan berpunca daripada kekurangan bekalan minyak, tetapi disebabkan pembelian panik dalam kalangan rakyat Thailand susulan krisis di Asia Barat.

“Keadaan ini menyebabkan banyak stesen minyak kehabisan bekalan, selain berlaku kesesakan panjang di hampir semua stesen minyak termasuk di selatan Thailand.”

Dalam pada itu, beliau juga turut memberikan nasihat kepada rakyat Malaysia agar dapat mengelakkan diri ke Thailand sehingga bekalan minyak kembali stabil.

Beliau turut menjelaskan bahawa pengusaha stesen minyak di negara tersebut turut mengambil langkah termasuklah mengehadkan pembelian kepada 500 baht untuk setiap transaksi bagi kenderaan dan 80 baht bagi motosikal.

Screenshot 2026 03 18 161323

Tambah beliau, kerajaan Thailand juga telah mengambil langkah sewajarnya serta memberikan jaminan bahawa bekalan minyak di negara tersebut mencukupi bagi kegunaan domestik.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Industei Pelancongan Halal Thai-ASEAN (TAHTA) iaitu Aidad Oujeh mengatakan bahawa kerajaan di Thailand mengumumkan bahawa gangguan untuk bekalan minyak dijangkakan berlaku selama kira-kira 10 hari bermula dari tarikh 16 Mac.

“Isu ini bukan saja menjejaskan rakyat Malaysia, malah turut memberi kesan kepada rakyat Thailand. Terdapat banyak stesen minyak yang ditutup sementara kerana kehabisan bekalan.” 

Beliau juga menasihatkan kepada rakyat Malaysia yang ingin ke Thailand supaya mengisi penuh tangki kenderaan sebelum ingin memasuki ke negara itu.

“Sebagai alternatif, mereka boleh mengisi minyak di stesen minyak di Thailand pada waktu pagi.”

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |