Beberapa bulan lepas, berita mengenai pemergian suami kepada pempengaruh, Farah Fakhira secara mengejut saat dirinya sedang sarat hamil telah meruntun hati orang ramai.
Baru-baru ini, Farah Fakhira ada membuat perkongsian di media sosial menceritakan bahawa dirinya kini telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.
Artikel berkaitan: “Berjalan dari 3 PM, makan sama-sama” – Pempengaruh Sarat Hamil Sebak Kongsi Detik Terakhir Sebelum Suami ‘Pergi’
Artikel berkaitan: “Rupanya banyak arwah tulis tentang Fara” – Luahan Terbaharu Farah Fakhira Undang Sebak Orang Ramai
“Abang, Alhamdulillah sayang bersalin normal dan bayi betul-betul baik, banyak mudahkan saya macam awak, keluar-keluar pun senyum je dia.”


Menerusi Instagram miliknya, Farah turut menunjukkan detik sedihnya yang memperlihatkan rakaman bapa mentua menggantikan tempat arwah suaminya untuk mengazankan bayi selepas Farah melahirkan anak.
Dapat dilihat bapa mentuanya juga seperti sedang menahan sebak dan Farah mengatakan mungkin bapa mentuanya juga terkenangkan arwah anaknya.
Oktober tahun lalu, suami kepada pempengaruh media sosial, Farah Fakhira dikhabarkan meninggal dunia secara mengejut ketika bermain badminton. Menurut Farah yang pada ketika itu sedang hamil 5 bulan, dia tidak sangka kerana seharian sebelum kejadian mereka sempat meluangkan masa bersama.
Sumber : Instagram

17 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















