Kesibukan tugas sebagai wakil rakyat tidak menghalang Syed Saddiq untuk meluangkan masa bertemu Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, baru-baru ini.
Apa yang menarik perhatian netizen, kunjungan tersebut bukan sekadar perjumpaan rasmi, malah Syed Saddiq turut membawa buah tangan istimewa kuih raya hasil air tangan aktres popular, Bella Astillah!
Artikel berkaitan: “Selamat hari lahir, Ironlady” – Ucapan Syed Saddiq Sempena Hari Jadi Bella Astillah Buat Peminat Cair
Artikel berkaitan: “Postcard? Kad Kahwin?” – Syed Saddiq Dilihat Edar ‘Envelope’ Putih Di Parlimen?
“Freshly Baked, Straight Out Of The Oven!”
Menerusi hantaran di laman sosialnya, Syed Saddiq menjelaskan bahawa dia terpanggil untuk menyampaikan sendiri kuih raya tersebut selepas tidak berkesempatan bertemu PM semasa acara Absolute Fest minggu lalu.
“Minggu lepas masa YAB PM datang ke Absolute Fest dan sempat jumpa Bella Astillah, saya pula tak dapat bersama sebab tengah LIVE selling dengan Dr Cardin, demi cari rezeki tambahan,” tulisnya secara berseloroh.
Ujar Ahli Parlimen Muar itu lagi, kuih tersebut merupakan hasil kerja keras Bella sendiri yang dibakar segar dari ketuhar. Malah, beliau sempat mengusik dirinya sendiri dengan mengatakan bakatnya hanyalah setakat “menabur ceri” di atas kuih tersebut.
Bincang Isu Geopolitik & Ekonomi
Di sebalik suasana santai itu, Syed Saddiq turut menzahirkan rasa penghargaan yang mendalam kepada PM Anwar yang sudi meluangkan masa meskipun jadual kerja pemimpin negara itu sangat padat.
Pertemuan tersebut turut diisi dengan perbincangan mengenai beberapa perkara penting termasuklah isu geopolitik melibatkan konflik di Timur Tengah yang semakin mencabar serta usaha-usaha kerajaan dalam menstabilkan ekonomi Malaysia. Selain itu, mereka juga sempat bertukar pandangan mengenai persediaan bagi pembentangan beberapa rang undang-undang reformasi di Parlimen yang dijadualkan tidak lama lagi.
Sumber: Instagram

16 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















