Syaz Ft 2026 05 20T115133.389

Kecoh di media sosial apabila pelakon sasa, Zul Ariffin, mengundang kecaman netizen selepas memuat naik gambar healing sambil memegang sebatang rokok di aplikasi Threads.

Hantaran tersebut mendapat perhatian badan kesihatan terkemuka, Public Health Malaysia (PHM), yang tampil memberikan teguran sarkastik kerana menganggap tindakan pelakon itu memberi publisiti percuma kepada industri tembakau.

Artikel berkaitan: Zul Ariffin Ditegur PHM Tayang R*kok, Respon Yang Diberi Cetus Rasa Kurang Senang Netizen

Artikel berkaitan: Tuntutan Karier Di Tanah Air, Zul Ariffin Tak Jadi Pindah Mekah?

Cats 18

Namun, apa yang membuatkan netizen lebih ‘berasap’ adalah apabila Zul Ariffin selamba membalas komen tersebut dengan sepatah perkataan sahaja: “And?”. Respon defensive itu terus dikritik hebat kerana dianggap sombong dan tidak boleh menerima teguran.

“Benda tu bad habit, saya tak endorse!”

Enggan isu terus melarat, Zul Ariffin akhirnya tampil membuat penjelasan menerusi sebuah video. Menurutnya, hantaran tersebut hanyalah perkongsian kasual ketika sedang berehat dan tiada niat untuk mempromosikan tabiat tersebut.

“Benda tu apa yang berlaku ketika itu, itulah adalah bad habit yang tak digalakkan, tak di-endorse oleh saya. Itu hanyalah duduk macam tu, angin cantik, tengok pula kena kopi.

Eh ambil aku video jap bro, macam tu je,” jelasnya.

Zul turut mendakwa dia tidak aktif di Threads dan tidak tahu hantaran video pendek berlagu itu boleh bertukar menjadi isu besar. Malah, dia sempat menyelar tindakan netizen yang suka mengecam menggunakan akaun palsu.

“Bukan aku cakap ‘hai marilah cuba benda ni’, tak ada.

Tapi ada pihak yang seronok… Kau cakap lah, kau saja nak komen. Tapi kau tak mengaku sebab kau berlindung di sebalik benda (akaun palsu) tu,” bidasnya.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.