“Menangis dalam mahkamah” — Hak Penjagaan Adik Arwah Zayn Rayyan Diserah Semula Kepada Bapa Tanpa Syarat

17 hours ago 15

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan hak penjagaan adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin diserahkan sepenuhnya kepada bapa kandungnya, Zaim Ikhwan Zahari, tanpa sebarang syarat atau bon.

Zaim Ikhwan, 31, dilihat gagal menahan sebak dan mengalirkan air mata selepas Hakim Suriyati Hasimah Mohd Hashim membenarkan rayuannya bagi mengetepikan 14 syarat serta bon RM2,000 selama tiga tahun yang ditetapkan Mahkamah Majistret pada 21 November 2025.

Artikel berkaitan: Kes Zayn Rayyan: Representasi Ditolak, Zaim Ikhwan & Ismanira Kini Diwakili Peguam Baru

Artikel berkaitan: “Sudah guna RM200k, kini perlu RM65k lagi” –  Ibu Bapa Zayn Rayyan Rayu Dana Mahkamah Tinggi

Suriyati Hasimah menyatakan keputusan dibuat selepas meneliti semua dokumen serta hujahan bertulis dan lisan daripada kedua-dua pihak. Beliau turut memaklumkan pihak pendakwaan selaku responden, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nurul Aida Mat Rifin, boleh memfailkan rayuan rasmi jika tidak berpuas hati.

@sinarharianonline

Air mata bapa Zayn Rayyan gugur, anak kedua kembali ke pangkuan tanpa syarat Bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin gagal menahan air mata tanda kesyukuran apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu membenarkan anak kedua diserahkan semula ke pangkuannya, tanpa sebarang syarat dan bon. Zaim Ikhwan Zahari, 31, dilihat menangis selepas Hakim, Suriyati Hasimah Mohd Hashim membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sebahagian daripada 14 syarat serta bon yang ditetapkan Mahkamah Majistret Shah Alam pada 21 November tahun lalu. #SinarHarian #60Saat #Bapa #ZaynRayyan #Mahkamah

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Sebelum ini, Mahkamah Majistret mengarahkan kanak-kanak autistik berusia tujuh tahun itu dipulangkan kepada bapanya selepas 18 bulan di bawah jagaan nenek saudara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bagaimanapun, perintah itu disertakan 14 syarat ketat termasuk larangan ditinggalkan tanpa pengawasan, kewajipan menyediakan pendidikan dan terapi, serta keperluan melapor kepada JKM jika berpindah.

Sementara itu, peguam Lavanesh Haresh Mahadevan meluahkan rasa syukur dengan tangisan hiba bapa kandung tersebut dan berharap rayuan terhadap hukuman penjara isteri Zaim, Ismanira Abdul Manaf, juga akan dibenarkan agar keluarga itu dapat bersatu semula.

Pada 31 Oktober 2025, Ismanira telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah mengabaikan Zayn Rayyan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal. Hakim Dr Syahliza Warnoh memerintahkan hukuman berjalan serta-merta selepas pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, selain mengarahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM3,000.

Sumber: TikTok, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |