Remaja Maut Kemalangan Terkena Kepala

Berlaku satu kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri, Kuala Terengganu semalam yang meragut nyawa seorang remaja lelaki selepas van dinaikinya ditembusi tiang JKR yang tumbang akibat dirempuh sebuah kereta.

Menurut laporan, kejadian berlaku kira-kira jam 3.36 petang, yang mana kereta jenis Volkswagen Golf GTI dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang JKR lalu terbabas memasuki laluan bertentangan dan merempuh van Nissan Vanette.

Penumpang hadapan van, Wah Han Keong, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan mendapati kereta dipandu lelaki berusia 43 tahun itu sedang bergerak dari arah Bandar Kuala Terengganu menghala ke Muzium Losong.

“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang JKR.

“Tiang JKR yang dilanggar turut terjatuh dan tertembus masuk ke dalam van yang berada dari arah bertentangan sehingga terkena penumpang hadapan.”

704570833 1501028335398600 110452235881036431 N

Sementara itu, pemandu van berusia 49 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang menaiki kereta mengalami kecederaan ringan.

Artikel berkaitan: Kes L*nggar Pelajar Depan Sekolah: Pemandu Van 61 Tahun Mengaku Tidak Bersalah, Lesen Memandu Digantung Serta-Merta

Artikel berkaitan: “Saya risau keadaan dia” – Terlibat Dalam Kemalangan, Pempengaruh Kaartik Sedih Masih Belum Dapat Jumpa Isteri

Mangsa pelajar cemerlang SPM

Dalam pada itu, menerusi perkongsian orang awam yang berada di lokasi kejadian itu berkata, mangsa merupakan anak sulung daripada dua adik beradik serta pelajar cemerlang SPM.

Katanya, mangsa bekerja sambilan bagi membantu ayahnya sementara menunggu kemasukan ke IPTA.

Dalam keadaan penuh hiba, si bapa didakwa meluahkan rasa sedih selepas anak lelakinya pergi dalam keadaan begitu tragis.

Difahamkan, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.