Seorang guru wanita dikenakan lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki berusia 14 tahun.
Tertuduh, Nurul Asyikin Sutan Shahril, 42, dilaporkan mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Seremban.
Dalam tiga pertuduhan yang dibacakan berasingan, guru kelas tersebut melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.
Perbuatan itu dilakukan di bawah pokok di hadapan Taman Apartment Arowana Seremban 2 dan di sebuah rumah di Taman Nusa Intan, Seremban antara 12 September 2025 hingga 7 April 2026.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] dibaca bersama Seksyen 16 akta sama dan boleh dihukum di bawah peruntukan berkenaan.
Guru tersebut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan [Akta 574] dibaca bersama Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan dan untuk kesalahan di bawah Seksyen 16 pula, hukuman diperuntukkan adalah penjara maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Artikel berkaitan: Lakukan Amang Seksual Terhadap 9 Orang Murid Lelaki, Guru Hadap 11 Pertuduhan
Artikel berkaitan: Pegang Pinggang Pelajar Perempuan, Guru Berdepan Hukuman Sebat & Penjara
Tertuduh sudah berkahwin, ada 2 orang anak
Selain itu, tertuduh turut didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap mangsa dengan cara menunjukkan gambar alat sulitnya melalui aplikasi Whatsapp bagi maksud seksual dan turut mendorong mangsa menghantar gambar sama.
Kesalahan itu dibawah Seksyen 15(a)(i) dan Seksyen 15(a)(ii) Akta 792 dan dibaca bersama dengan Seksyen 16 akta yang sama.
Peguam, Zaflee Pakwanteh memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana anak guamnya bekerja sebagai guru dengan pendapatan RM6,000 sebulan.
Katanya, tertuduh sudah berkahwin serta mempunyai dua orang anak dan jumlah jaminan yang mampu dibayarnya ialah RM5,000 bagi setiap pertuduhan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamim RM25,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan yang dipohon oleh pihak pendakwaan.
Sumber: Sinar Harian

16 hours ago
10






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















