Malam tadi, seorang lelaki dilaporkan maut ditembak dalam kejadian yang berlaku di sebuah restoran makanan segera di Banting, Selangor.
Kejadian itu difahamkan berlaku kira-kira jam 10 malam semasa mangsa sedang makan di restoran berkenaan.
Sepasukan polis kemudian tiba di lokasi kejadian setelah menerima maklumat dan mengawal rapi kawasan terbabit daripada kemasukan orang awam.

Tular juga beberapa video dan gambar yang dikongsikan orang ramai berkaitan kejadian itu yang memaparkan kelongsong peluru di lantai premis dan mangsa dilihat terbaring tidak sedarkan diri.

Artikel berkaitan: Tular Video Kes Temb*kan Didakwa Di Klang, Kali Ini Pada Waktu Siang
Artikel berkaitan: Tembakan Di Stesen Minyak, Lelaki Parah Ditemb*k Di Perut & Dada
Kawasan itu juga telah menjadi ‘tumpuan’ orang awam yang memberhentikan kenderaan bagi melihat apa yang berlaku.
Hasil tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan tersebut juga telah disekat dengan kawalan ketat polis bagi pasukan forensik menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.
Turut berada di lokasi ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din dan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi.

Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dilihat turut berada di lokasi.
Difahamkan, suspek dipercayai seorang lelaki yang menunggang motosikal dan masih diburu polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat ini.
Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

4 weeks ago
79































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















