Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah melancarkan satu operasi penguatkuasaan bersepadu besar-besaran bagi membanteras entiti pelancongan yang beroperasi secara haram dan menyalahgunakan lesen ejen pelancongan.
Operasi bersasar ini telah dijalankan pada 9 dan 10 April 2026 di tiga lokasi utama di Sabah, iaitu Kota Kinabalu, Tawau, dan Semporna. Menurut kenyataan yang dikeluarkan MOTAC, operasi tersebut merupakan hasil daripada aktiviti risikan yang dijalankan selama beberapa bulan.

Bagi memastikan penguatkuasaan yang menyeluruh, MOTAC telah mengkoordinasi kerjasama bersama beberapa agensi keselamatan dan perundangan lain termasuk:
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Eastern Sabah Security Command (ESSCOM)
Sepanjang tempoh operasi tersebut, sebanyak 13 premis perniagaan dan 11 individu telah diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelbagai kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] dan Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53].
Pegawai penguat kuasa MOTAC telah mengeluarkan sebanyak 7 notis pemeriksaan. Antara kesalahan utama yang dikesan termasuklah menjalankan perniagaan pelancongan tanpa lesen yang sah, berurus niaga dengan entiti atau pihak yang tidak berlesen, menjadi proksi kepada entiti asing yang mencurigakan dan gagal membuat pengisytiharan cukai pendapatan atau membuat pengisytiharan palsu.
Sehubungan itu, MOTAC memberikan amaran keras kepada mana-mana pihak agar tidak menyediakan perkhidmatan pelancongan seperti pengangkutan, penginapan, atau penganjuran aktiviti tanpa lesen, sama ada melalui premis fizikal mahupun secara dalam talian dan media sosial.
Pihak yang didapati bersalah boleh berhadapan dengan tindakan undang-undang yang sangat berat. Jika disabitkan kesalahan di bawah Akta 482, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM500,000.00, hukuman penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Artikel berkaitan : Isu Jemaah Umrah Terkandas, PU Abu Letak Jawatan Sebagai Mutawif
Artikel berkaitan : “Mudahkan kerja polis & Interpol” – Polis Minta Mangsa Penipuan Pakej Pelancongan ‘Influencer’ Tampil Buat Laporan
Langkah drastik ini diambil bagi memastikan keselamatan pelancong sentiasa terjamin dan memelihara imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Penguatkuasaan ini juga selaras dengan prinsip tadbir urus baik dan keadilan di bawah kerangka Malaysia MADANI.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pelancongan yang melanggar undang-undang digesa untuk menyalurkan aduan melalui saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di pautan https://motac.spab.gov.my.
Sumber : MOTAC

12 hours ago
14






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)













![[VIDEO] Wanita Warga Asing Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/setahun-duduk-klia.png)




